Senyum Je..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


Senyum Je..
Google image 


SENYUM JE.. || Roller  coaster..bagi yang gayat,tengok sahaja pun sudah cukup mengecutkan perut.Itu tengok,yang lebih parah dengar saja pun dah menjerit-jerit macam kena sengat lebah..serta merta muntah,belum naik lagi.Tapi bagi yang sangat gemarkan cabaran,yes memang menjadi idaman dan cita-cita sentiasa..PC? mau muntah hijau kalau naik ni dik non.Jangan cari pasal.Kalau ada yang offer,PC duduk tepi senyum je😊.

BELAJAR HORMAT.Setiap orang,sesiapa pun pasti ada lebih dan kurangnya.Ada kekuatan dan kelemahannya.Membanding itu tidak salah kalau betul caranya.Tidak menyebabkan ada yang terasa.Salahnya bila tidak kena dengan gayanya.Hendak lebih selamat sila belajar hormat.Hormat itu bukan dihamparkan segulung karpet merah,tidak sembah sujud,,bukan!..cukup teliti saat mendengar,bicara saat perlu dengan tertib dan senyum je walau pada pendengaran kurang sedap di dengar.

POTENSI.Betul pada kita belum tentu betul pada orang lain.Baik bagi orang lain belum tentunya juga baik pada kita.Bercelaru sangatkan.Bukan mudahlah nak cari titik penyatuan.Itu belum depan kita setuju seribu kali belakang kita bantah 7 ribu kali..kan...nampak tak..dan begitu jugalah diri kita pun..setiap individu ada potensi.Potensi untuk dicontohi kerana kebaikkan atau sebaliknya.Berpotensi untuk disayangi atau dimarahi.Tidak mengapalah,apa pun yang kita miliki,yang sementara ini berpotensi juga diambil semula.Sabar.Biar pahit.Walau kelat.Andai pedih dan perit.Senyum je.Moga itu menjadi terapi.

Belajarlah untuk terus senyum je..biar tidak siapa pun tahu betapa parahnya jiwa..kerana Allah SWT akan bantu merawatnya..senantiasa,untuk hamba yang mencinta PENCIPTANYA 💗Perdu Cinta 💗


* terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi  



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. WALAU APA SAJA MASALH YG DIHADAPI SENYUM JE PUJUK HATI

    BalasPadam
  2. Semoga dengan senyuman membuatkan kita lebih kuat. InsyaAllah.

    Ana first and last naik RC di sunway tahun lepas. Tu pun dh seram padahal kecik je trail dia. Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amenn..insyaAllah..
      PC sekalipun tak pernah..dan tak rasanya..huhu..kecut perut..tapi kalau yang biasa-biasa mungkin boleh cubalah..mungkin..

      Padam
  3. hehehe kengkadang hilang senyuman bila gundah hati terlebih.. ekekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..kalau senyum pun tawar sangat bila hati tengah gundah Lea =D

      Padam
  4. Hihi. betul tak gemar yang jerit2 over sangat tu. insyaAllah senyum je kan :) thanks atas peringatan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama