بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum 💖
HATI-HATI JANGAN TERGELINCIR || Bila musim hujan,banyak takungan air di sana sini.Lopak-lopak air itulah disukai kanak-kanak selain menjadi istana si nyamuk aedes untuk mengembangkan salasilah keturunannya..kawasan yang lembap dan berair,risiko untuk kita tergelincir adalah sangat tinggi terutama pada permukaan bersimen.Maka berhati-hatilah sentiasa kerana bila sebut soal tergelincir itu bukan saja terlihat pada pandangan kasar..malahan ada juga berlaku pada sudut lainnya.
😄Syukur..hari ini...ya Ramadhan pertama..subhanaAllah..
NIAT.Setiap amalan itu bermula daripada niat.Niat setiap hari boleh...niat untuk sebulan pun tiada masalah..yang tak boleh tanpa asbab sengaja tidak berpuasa..sangat rugi..kena qada juga selepas berakhirnya Ramadhankan..baik puasa..untuk anak-anak kecil..walau tiada istilah puasa separuh hari..tapi tidak salah untuk mendidik..PC pun dulu puasa separuh hari..setiap hari babah dan mama akan tambah sejam...esok tambah lagi dua jam....lama-lama terbiasa..percayalah nikmat orang yang berpuasa penuh (kecuali keuzuran lelaki wanita/uzur bagi wanita) dengan yang puasanya rongak-rongak...rompong sana sini..ketika sambut raya...ketara berbeza....
PELANGGAN YANG MEMBELI.Sebelum ketibaan Ramadhan telah tersedia tapak-tapak gerai jualan..Bulan Ramadhan sangat sinonim dengan Bazar Ramadhannya..saat ini yang tidak ada pun boleh ada..terutama menu-menu yang mungkin jarang atau tidak pernah kelihatan.Menggila jadinya..semua nak..semua meliurkan..kan..Menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh menbatalkan puasa,dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat....Terbenam matahari..berkumandang azan maghrib...saat itu hati-hati...jangan tergelincir dengan nafsu.
PENIAGA YANG MENJUAL.Keuntungan dunia dan kekayaan akhirat..ini saatnya..bukan bermakna selain bulan Ramadhan tidak dianjurkan...tetapi di bulan ini sangat-sangat digalakkan...disaat semua kebaikkan berganda ganjarannya maka peluang ini mesti digunakan.Lebihkan kuantitinya dengan harga yang sama bermula dari awal jualan....bukan melebihkan kuantiti di saat terbit rasa takut akan pembaziran..lainkan maknanya...memberi kerana berlebihan itu lazimnya disaat akhir..tapi bersedekah itu biasanya sedari awal.
SASARKAN ANAK PANAH BETUL-BETUL.Kita mensasarkan.Namun yang membawa haluannya takdir Tuhan..Biarpun begitu..kasih sayang Allah yang sangat luas dan dalam tidak pernah akan menzalimi..kecuali diri sendiri yang menyakiti..usahakan Ramadhan ini yang TERBAIK.
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
Tags:
Santai
Salam Ramadan Al Mubarak PC.. slmt berpuasa dan semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari sebelumnya, in shaa Allah... aamiin.
BalasPadam:) Salam Ramadhan kembali Bro KK...ameen...ameen..ameen.
PadamBulan yg mudah kumpul pahala..mari kita amalkan perkara yg baik..selamat berbuka PC
BalasPadam