بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum 💖
JANGAN DIBUATNYA KERJA GILA || Gila-gila dan gila itu jauh beza ertinya..gila-gila ni lebih kepada sikap yang lebih santai,tapi santainya itu adakala terlalu kraetif dan luar kotak..terlebih gila-gila pun bahaya..gila?...sedia maklum..hilang kewarasan untuk membuat pertimbangan..tiada istilah salah..semuanya betul belaka pada sudut pandangan dan fikirannya.
Jangan dibuatnya kerja gila yang PC cuba maksudkan adalah..perbuatan yang sia-sia..aneh pada pandangan orang..tidak masuk akal gitu..tapi sering dilakukan bukan kerana tidak siuman tetapi saat jiwa kacau melanda..
MARAH PADA TIDAK SEPATUTNYA.Ada yang jenis mudah marah mudah juga tenang dan sejuk..ada yang susah marah tapi bila marah hingga berdendam.Ada macam-macam jenis orangkan.Harap maklum.Dan sebut marah ini tidak semestinya juga pada sesama manusia,haiwan atau tumbuhan..lebih parah lampu isyarat pun menjadi mangsa amarahnya.Untuk kemaslahatan (kebaikkan dan keselamatan) bersama ikutlah giliran,,sabar..nak juga jalan di saat lampu isyarat merah...boleh..silakan..tunggu jalan BETUL-BETUL lengang,cuma kenderaan kita sahaja yang ada saat itu..biarpun sedang lampu merah..silakan terus jalan.Ditambah dengan keadaan kecemasan mungkin..isteri nak bersalin..anak tidak sihat..lumba haram?....dah nama pun lumba haram...tak kiralah warna apa pun lampu isyarat tu...sepi macam mana pun jalanraya tu..tetap diharamkan dik non..
TIDAK CUKUP SELESAKAH.Bawa-bawalah bersabar..bila difikir-fikir tidak cukup selesakah tilam,katil atau lantai di rumah tu untuk dijadikan tempat untuk berbaring dan rehatkan tubuh badan.TIDAK CUKUP MEMBAHAGIAKANKAH..atas motosikal juga sibuk nak baring..ingat seksi ke tiarap atas motosikal tu..nampak tulang rangka..nampak getah boxcer...yang melihat sakit mata dan hati*lebih kepada rasa ngeri sebenarnya*..lebih baik awak dengan kawan-kawan kumpul modal buka gerai makan,jual sup tulang gearbox lagi bermanfaat..dan tahu tak bila membabitkan orang lain sebagai antara mangsa..seksa mereka menanggung kesakitan..seksa keluarga melalui kesedihan..juga keluarga awak turuk merasai..
Nak marah silakan...nak tarik perhatian silakan..tapi pastikan dengan cara dan laluan yang betul..yang bila orang melihat lembut hati untuk menghadiakan doa yang baik-baik..
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
♡ Ramadhan kian mendekat
Tags:
Santai
Terima kasih atas perkongsian dan ingatan kak PC. moga dapat dielakkan dari semua yg disebutkan :)
BalasPadamOrg skrg terlebih gila PC. Tak boleh tegur sebarangan kelak boleh mengundang parah.especially geng2 rempit ni. Dah lah bahayakan nyawa org lepas tu lagak seperti dia saja yg betul.
BalasPadamWkmsalam.
BalasPadamMereka tak fikir apa yang mereka buat tu kerja gila
Bila berlaku musibah, menyusahkan orang lain.
KERJA GILA2 YG KREATIF TAPI XNYUSAHKAN ORG LAIN TNTU XJADI MASALAH
BalasPadam