بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum 💖
SEIRINGKAN || Orang lain PC tidak pasti,tapi bagi diri PC sendiri bukan satu tugas mudah untuk lakukan apa yang kita perkatakan.Hari ini kita boleh cakap berdentam dentum macam guruh..mungkin esok kita beku dan kaku..membisu seribu bahasa.Mati akal.Atau mungkin hari ini kita biasa-biasa,tapi esok menunjukkan hasil yang di luar jangka.
HARAPAN DAN USAHA.Ungkapan yang baik-baik itu doa dan harapan.Semua orang ada harapan.Ada doa.Semua tidak kira sesiapa pun kita.Daripada harapan,angan-angan itulah munculnya usaha..acuankan usaha kita berdasarkan apa yang diharapkan.Jangan sekadar dibibir.Tapi pasakkan dihati.
Sedangkan...
Kucing🐱 pun bila nampak tuannya siang ikan dia berharap adalah bahagian untuknya..bunyi yang tidak kita fahami tapi dari sinar matanya boleh kita tafsiri..nak ikan...nak ikan..hehe😻.Doa tidak putus-putus..bila laaaa tuan aku nak pergi tandas ni...kentut dah berdas-das...naik pitam aku🙀...hai laaaa ikan...🐟
IBADAH DAN TAUBAT.Dalam banyak-banyak ibadah dan kebaikkan yang kita lakukan..entah berapa sahaja yang betul-betul Allah SWT terima..PC sendiri sering memikirkannya.Tolak dengan tergesa-gesa,tidak khusyuk,bermalas-makasan,hujung waktu atau mungkin lakukan ibarat melepas batok (tempurung) di tangga..subhanAllah,namun tetap masih banyak nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita kan...kan..Allahuakbar..moga taubat kita Allah terima..dan ibadah kita tidak tertolak.
JUMAAT YANG TETAP HADIR.Hari ini Jumaat kedua terakhir sebelum Ramadhan..masih ada waktu untuk lunaskan qada puasa tahun lepas.Sudah selesai?..alhamdulillah..yang belum selesai..fokus.Hari yang mengetuai hari-hari lainnya ini penuh dan mewah dengan keberkatan..seiring itu isilah dengan sebaik-baiknya pengisian.
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
♡ Ramadhan sudah dekat ni 😄
Tags:
Santai
salam Jumaat PC..semoga amalan kita diterima Allah
BalasPadamSemoga ramadhan kita nanti diberkati ye kak PC.. :)
BalasPadamSalam Jumaat PC. Lagi seminggu nak masuk dalam madrasah Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dr tahun sebelumnya insyaAllah.
BalasPadamSALAM JUMAAT PC MOGA ALLAHREDA DGNAMALAN KITA
BalasPadambila ada usaha perlu ada doa.. :)
BalasPadam