Tengok Dulu Sebelum Pukul Rata

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

TENGOK DULU SEBELUM PUKUL RATA || Kalau sebut purata...itu keseluruhan...matematiknya,ditambah semua kemudian dibahagikan..maka dapatlah bahagian masing-masing.Masa tu puas hati tak puas hati bertabah dan senyum sembelit sahajalah ya..kerana rasa tidak puas dan rasa tidak cukup itu ada pada diri bergelar manusia.

MEMBERI HAK KEPADA YANG BERHAK.Adil..memberi hak kepada yang berhak dan selayaknya.Adil mengikut keperluannya.Oleh kerana hati kita ada masa berbolak balik..maka buatlah keputusan pada saat telah mantap dan teguh pendirian supaya tiada isu bangkit membangkit kelak.Sebab itulah sebolehnya,jangan beremosi saat berbicara..ya mungkin kita yang bercakap lupa apa yang diperkatakan..tapi tidak bagi yang mendengar.Kalau dulu bukti bertulis (catatan) boleh dikatakan hilang atau habis dimakan gegat..tapi tidak semudah itu memberi alasan sama untuk mengelak sekarang kerana teknologi perakam ada di mana-mana.

SELAMATNYA SEKETIKA.Beralasan untuk selamatkan diri.Sifat suka pukul rata ini sering digunakan terutama untuk melindungi pihak yang mungkin dekat.Biar pun alasannya tidak mahu ada jurang atau ketara kelihatan pilih kasih kononnya..tapi itu bukan solusi yang terbaik.Tanpa sedar....ianya penganiayaan kepada pihak lain.Niat tidak pernah menghalalkan cara..tapi cara itu akan terpandu dengan niat yang baik.

MELULU ITU RUGI.Sebiji kelapa itu tua..tidak bermaksud keseluruhan pada tandannya adalah kelapa tua juga..begitu juga dalam kehidupan kita..satu yang diketahui tidak boleh merumuskan semuanya sama..yang tersilap dan yang benar tidak wajar dirumuskan semua tersilap atau semua benar..kerana ianya akan lebih mengelirukan..adalah lebih baik,mengambil pengajaran daripada segenap sudut..baik itu ditauladani..buruk itu dihindari..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ eh Ramadhan la..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul tu PC,tak bolehlah nak asal boleh je,kena banyak kaji dulu sebelum apa-apa tindakkan

    BalasPadam
  2. Rasa tidak puas hati memang ada. Cuma jgn terlalu ikut nafsu.kena sentiasa berlapang dada. Kalau melulu, rugi diri sendiri jawabnya.

    BalasPadam
  3. Itulah ragam manusia, kadangkala kita terlalu mengikut emosi bila berbicara tanpa memikirkan akibat di kemudian hari...

    BalasPadam
  4. Menjadi peringatan yg baik buat renungan semua. T kasih atas perkongsian ini PC.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama