Tidak Semestinya Juga..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


TIDAK SEMESTINYA JUGA || Isnin yang damai..sinar mentari yang seakan segan mahu memancarkan cahayanya..bersilih ganti dengan mendung yang mula kerap mengambil alih..*jangan mendung dan guruh di langit air di tempayan terus dicurahkan ya kerana belum tentu hujan kan turun* redup..moga seredup itu hati kita menanti hadirnya Ramadhan.Tenang.Damai.InsyaAllah.

TIDAK DARI HATI TIDAK SEMESTINYA TIDAK SAMPAI KE HATI.Bila dipersoalkan akan sesuatu hal yang mesti dilakukan walau tanpa rela..biasanya tindak balas yang sering didengari.."alah belum sampai serulah".."tunggu betul-betul bersedia supaya tidak berhenti separuh jalan".."mahu jadi diri sendiri"..cuba ambil masa..fikir,seruan sudah lama ada atau mungkin seruan lain yang diutamakan,,seruan nafsu mungkin..bersedia atau tidak ajal tidak mengambil kira itu semua..

Andai diawalnya kerana terpaksa..tidak semestinya hingga hujungnya tetap terpaksa..Asalnya mungkin terpaksa lama-lama suka,rela dan redha.Biar mungkin tidak dalam segala hal dan pada semua orang...namun tidak mustahil...asal sentiasa buka hati untuk lakukannya..

BOLEH JADI BERUBAH ATAU BERTUKAR.Awalnya baik hujungnya sebaliknya.Awalnya kurang baik hujungnya tersangat baik..nampak tak..jangan anggap tiada lagi peluang untuk diri berubah..jangan tutup hati dan minda daripada niat untuk berubah..sentiasalah cari jalan untuk diri lebih dekat dan rapat padaNYA.Buang rasa malu untuk berubah ke arah yang lebih putih.Apa pun warna dan corak yang pernah dan telah diukir pada kanvas sepanjang usia terdahulu..biarkan.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan kurang 7 hari 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Semoga kita dipertemukan dengan Ramadhan kali ini :)

    BalasPadam
  2. jangan malu untuk berubah ke sesuatu yg lebih baikkan, moga penghujung kita juga baik2 nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) setuju..setuju..setuju...penghujung yang baik tu yang utama..

      Padam
  3. mendung tidak semestinya hujan.(^_^).

    BalasPadam
  4. Wkmsalam.
    kalau baik niat kita, in syaa Allah baiklah jadinya.

    BalasPadam
  5. Waalaikumussalam,
    Selamat menjalani Ramadhan yang bakal tiba kak PC :)

    BalasPadam
  6. Buang rasa malu untuk berubah menjadi putih. Mendalam maksud kak PC :) TQ for this kak :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama