Yang Pertama

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


YANG PERTAMA || Seribu langkah ke hadapan mulanya daripada langkah yang pertama.Begitu juga setiap malam yang kita lalui..bermulanya juga dari malam yang pertama.

Siapa pun kita hari ini,bermula hidup kita dari benih yang bersatu..di alam rahim dan kemudian lahir.Setiap detik itu ada permulaan yang menjadi yang pertama.Step by step.

Kalau ditanya siapa yang pertama..letakkan Allah SWT yang pertama.Kerana DIA.Untuk DIA.Kepada DIA.

Kita meraikan ulangtahun kelahiran mengikut tarikh kita dilahirkan.Hanya Allah yang tahu bila detiknya sperma dan ovum itu menyatu.Sebab itu disebut hari lahir bukan harijadi..

Tahu atau tidak,,,atau suka atau sebalinya setiap kita akan alami setiap detik yang pertama sepanjang kehidupan.Dan lazimnya yang pertama itu ada nilai sentimental yang tersendiri.

SAAT SENDIRIAN YANG PASTI.Di alam kubur.Setiap yang bernyawa pasti akan merasai detik kematian.Kita tidak pernah tahu bagaimana kisah akhir hayat diri.Kita menziarahi upacara pengurusan jenazah sedari awal hingga akhir,ya itu dia..dan kita?..hanya DIA yang tahu.

Tidak tahu..jangan buat tidak tahu sebaliknya ambil tahu.Bagaimana kehidupan kita di hari yang pertama kelak boleh diusahakan dari saat ini,di dunia ini.Belum terlambat bagi yang ingin berusaha perbaiki diri.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Suka dgn ayat PC yg ni

    "Kita meraikan ulangtahun kelahiran mengikut tarikh kita dilahirkan.Hanya Allah yang tahu bila detiknya sperma dan ovum itu menyatu.Sebab itu disebut hari lahir bukan harijadi.."

    Semoga amal kita meningkat sebaris dengan usia kita. insyaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SubhanaAllah...*terharu pulak rasa =D*
      Sebab tak siapa pun tahu bila persenyawaan itu berlaku..kecanggihan teknologi pun PC rasa tidak terjangkau..melainkan DIA.

      Ameen Sis..moga usia yang berbaki tidak disia-siakan..

      Padam
  2. Huhuu semoga hari pertama kita Di alam kubur adalah sebaik2 hari dlm kehidupan kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameen...itu yang paling diharapkan...itu permulaan segalanya..

      Padam
  3. Wkmsalam.
    Harap2 yang pertama dimulakan dengan kebaikan dan pengakhirannya juga kebaikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameen Pakcik WP..moga Allah tetapkan hati kita pada kebaikkan.

      Padam
  4. Terima kasih kak di atas nasihat ni "Bagaimana kehidupan kita di hari yang pertama kelak boleh diusahakan dari saat ini,di dunia ini". Selamat berpuasa! :)

    BalasPadam
  5. Setiap yg bermula pasti ada akhirnya
    jika ada depan pun akan ada belakangnya
    yg bertatih lama-lama akan berjalan
    jadi yg hidup pun pasti akan mati

    Semoga peluang pertama diberi Allah mampu dilangsungkan hingga akhir ramadhan
    Selamat beribadah di bulan ramadhan dari kakak buat PC & keluarga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh! Kak zakie dah kembali... Happynya. Salam Ramadhan kak zakie

      Padam
  6. Salam ramadhan PC. Terima kasih untuk ingatan ini

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama