بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum 💖
AWASI YANG DIHUJUNG-HUJUNG ITU || Kalau sesiapa penggemar buah nenas,pasti tahu dibahagian pangkal itulah yang sering menjadi rebutan.Manis,rangup dan keenakkannya bermula di situ.Kalau difikir,memang wajarlah kerana pangkal itu dekat dengan batang nenas,dan batang nenas sangat dekat dengan tanah..tabur baja,,air..akan ke batang nenas seterusnya meresap ke pangkalnya pula..namun jangan dipandang remeh dihujungnya kerana jambul nenas boleh dijadikan benih untuk hasil seterusnya..
Melihat moleknya permulaan belum pasti cantik dipenghujungnya.Tidak lancar pada awalan,tidak tentu juga akhirannya begitu..justeru mengapa membuat kesimpulan itu pada pengakhiran...kerana di situlah titik baru permulaan sebuah kehidupan yang hakiki.
HUJUNG LIDAH.Zaman Rasulullah ramai sahabat syahid dihujung pedang,,dan ramai juga musuh dilahirkan dan hidup semula (mengungkap dua kalimah syahadah) dihujung pedang.Bukan kerana meraka takut atau terpaksa tapi kerana mereka kagum dan yakin dengan keperibadian Rasulullah s.a.w.Berbeza di akhir zaman,ramai yang mati dan cedera parah kerana hujung lidah sesama sendiri yang lebih tajam daripada sebilah pedang.Berhati-hatilah saat berbicara dan diketika mengungkap kata.
HUJUNG JARI JEMARI.Tidak perlu lagi mesyuarat tingkap,itu oldschool sangat dah..ada tapi bukan trand zaman sekarang,,sikit sangat dah yang menggunakan cara sebegitu.Nah sekarang ada istilah "Mengata versi moden".Dihujungnya jari jemari sahaja.PC tidak menyalahkan kalau ada yang mengatakan begitu tetapi berbalik juga pada diri masing-masinglah.Betul mengendalikannya,baiklah hasilnya dan sebaliknya.Kawal fikiran,kawal emosi insyaAllah baik-baik saja jadinya.Jangan menjadi pembunuh pada jasad yang masih bernyawa.
Ingatlah...setiap daripada kita pasti akan sampai HUJUNG WAKTU.Sedar atau tidak sekarang ini kita sedang menuju ke arahnya.Masa dan hayat.Moga Allah SWT noktahkan dengan kedamaian.
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
Ingatlah...setiap daripada kita pasti akan sampai HUJUNG WAKTU.Sedar atau tidak sekarang ini kita sedang menuju ke arahnya.Masa dan hayat.Moga Allah SWT noktahkan dengan kedamaian.
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
Tags:
Santai
ramadan pun dah ke pengghujung....
BalasPadamNIKMATI AWAL N HUJUNG RAMADAN YG PENUH RAHMAT NYA
BalasPadamNantikan 10 malam hujung Ramadhan.. Sedih tapi manis dengan ganjaran pahla yg diberi, in shaa Allah..
BalasPadamSemoga pengakhiran kita di dalam khusnul khotimah. Amin.
BalasPadamutamakan yang awal, tapi jangan memandang remeh yang hujung. gitu ker? 😁
BalasPadamMoga pengakhiran kite semuanya yang baik-baik sahaja.. Insyaallah..
BalasPadamBetull tu pc.. zaman sekarang moden dah buat dosa di hujung jari.. Allahu
BalasPadamperingatan yang baik PC...selamat berpuasa Salam Ramadhan...ia sudah berada di penghujung 10 malam terakhir
BalasPadambenar hebatnya Zaman Rasulullah...Dari satu makkah menolak nabi akhirnya kesemuanya kembali menerima Islam
BalasPadamKejarlah fadilat di hujung Ramadhan ini.
BalasPadamtingkatkan amalan yang baik-baik setiap hari. InshaAllah
BalasPadamPeringatan yg baik buat diri ini.. t kasih PC. Semoga kita semua sentiasa dibawah rahmat keberkatan Illahi sehingga ke penghujungnya nanti... aamiin.
BalasPadam