Faham Itu Perlu Tapi Saling Memahami Itu lebih Penting

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

FAHAM ITU PERLU TAPI SALING MEMAHAMI ITU LEBIH PENTING || Setiap hari kita berkomunikasi.Bagaimana cara sekalipun.Komunikasi dua hala memberi impak yang bagus bagi dua belah pihak.Faham apa yang cuba disampaikan itu bermakna komunikasi berjaya tetapi saling memahami itu lebih penting bagi PC.
Faham itu melibatkan satu pihak yang menerima fakta atau arahan.Manakala apabila saling memahami itu ianya lebih mewujudkan situasi yang menang↔menang dan tenteram.Si penerima arahan dan si pemberi arahan bebas tekanan.

KEKELUARGAAN.Bergantung pada individu,ada yang hampir dengan kawan-kawan..tidak kurang yang sangat dekat dengan keluarga sepanjang menjalani kehidupan seharian.Tidak kiralah seakrab mana pun hubungan kita diluar lingkungan keluarga,jangan pernah menambah jarak dan jurang renggang dengan keluarga.Biarpun sedarah sedaging mereka dan kita insan biasa.Belajar saling memahami satu sama lain.Jasa itu tidak mungkin akan terbalas tapi ianya wajar untuk dikenang bukan dibuang.

BERPERIKEMANUSIAAN.Baik dalam sektor PEKERJAAN atau hubungan KEMASYARAKATAN.Seorang ketua itu diperlukan untuk memantau dan bukan membuli ya.Untuk mendorong dan bukan menolak ke lorong binasa.Berusahalah untuk memahami untuk mendapatkan titik persefahaman.Dihujung lidahmu itu arahan,silap gaya dihati anak buahmu (pekerja)makian..berhati-hatilah..

Ketua yang bijak tidak mudah emosi,tidak juga mengungkit pada setiap apa yang telah diberi.Hebat seorang ketua itu sentiasa menjaga tutur katanya,tingkahnya.Kerana ketua itu contoh bukan hanya tahu memberi arahan untuk dipatuhi.
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi  

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Bertuahnya kalau dapat ketua yang bijak dalam bidang pekerjaannya tentu dia faham kesusahan anak-anak buahnya takdelah nak harapkan staff aje bersusah payah berfikir macammana nak settle kerja tapi bos nak 'nama' aje.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...tapi susah nak dapat..susah nak jumpa..kalau dapat bersyukurlah..hargai sebaiknya..jaga kepercayaan yang ketua beri..rezeki kalau dapat ketua yang sanggup sama2 turun padang berpanas berhujan..bila timbul masalah sama2 selesaikan tanpa marah..bukan asyik marah dan menuding jari.

      Padam
  2. tugas seorang ketua selain memberi tunjuk ajar tapi juga membantu bila diperlukan sebab mereka menjadi ketua berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sepatutnya la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju kak..tapi ada segelintirnya tidak..baik bila dia perlukan bantuan sahaja..selesai semua..layanan kembali dingin..

      Padam
  3. nieyl dtg membalas kunjungan dan komen..:)
    sukar mencari orang seperti itu zaman skrg ni..
    kebanyakkannya hanya kita sahaja yg memahami..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat...kebanyakkannya begitu...itu yang sangat menyedihkan sebenarnya..

      Padam
  4. Komunikasi 2 hala memang perlu utk elak ketidaksefahaman. Baru 2-2 pihak lebih memahami dan sebarang kemusykilan boleh di atasi.

    Sebab tu seorang ketua tu berat tanggungjawab dia. Tanggungjawab dr segi emosi, fizikal dan tingkahlaku. Kalau terjaga semua tu InsyaAllah rasa hormat dr org bawahan akan di raih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mantap..sangat perlukan komunikasi 2 hala dan salung memahami..sebab dalam kerja bukan kerja saja perlu ada kualiti...sebaliknya seluruh kakitangan juga harus kukuh silaturahimnya..sayangnya ada ketua yang bila dia dilantik menjadi ketua...memang betul-betul ketua dia berperilaku..

      Padam
  5. insyaaAllah jika kita sentiasa positif kita akan ada dikelilingi org yg positif juga seperti ketua yg baik...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama