Segera Luruskan Anggapan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


SEGERA LURUSKAN ANGGAPAN || Hari ini 6 Ramadhan 1438H..1Jun 2017.Setengah tahun bakal berlalu.SubhanaAllah.Apa pun,pahit manis,suka duka yang terlakar pada episod usia kali ini,teruslah mensyukuri tanpa berbelah bahagi.Kalau rasa mengapa kejayaan itu menjauh,fikir..mungkin kejayaan itu buat kita gagal..maka Allah jarakkan seketika.Kalau dirasakan mengapa kegagalan itu sering mendekat,mungkin satu detik kita menjadi insan yang paling berjaya.Bersangka baik padaNYA.Cuba ya.

MEMBALAS JASA.Mencari dan mengumpul material itu tiada salahnya.Tapi jangan sampai menjadi materialistik.Sesetengah orang beranggapan tidak dinamakan membantu atau membalas jasa selagi ianya tidak diberi atau ditunjuk dalam bentuk kebendaan.SubhanaAllah.Bagi sesetengahnya itu lambang untuk kemegahan,atau mungkin sangat berjasa dan bertanggungjawab.Benarkah..sedangkan ada lagi hal yang lebih utama wajar di highlights..


Budi itu tidak akan pernah mampu untuk dibalas.Kerana keikhlasan itu ada harga yang tersendiri.Dalam budi itu ada tanggungjawab..dalam budi itu ada rasa ikhsan.Mampukah untuk disukat?..Seiringnya waktu,kebendaan itu bakal terhapus..kecuali kebaikkan-kebaikkan yang menyambung kebahagiaan di alam berikutnya.

BERUBAH.Sokongan dan dorongan.Sesiapa pun yang ingin berubah,pasti mangharapkan sokongan dan dorongan.Jangan diperkecil-kecilkan niat baik mereka.Jangan disalah tafsir.Awas,yang memberi sokongan dan dorongan pula jangan ikut sedap dan selera sendiri.Sila tapis banyak kali.Jangan kerana sahabat baik cipta hukum sendiri.Tidak boleh dibolehkan tanpa alasan dan hujah yang kukuh.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Bila kak ana rasa kecewa atau sedih atas sebab tertentu, cepat2 kata kat diri sendiri yg semua tu dengan izin Allah. Org atau perkara yg buat kita sedih tu hanya asbab je. Mungkin Allah nak bg rezeki yg lebih baik kan.

    BalasPadam
  2. SETIAP SESUATU YG BERLAKU MESTI ADA HIKMAHNYA

    BalasPadam
  3. Betul.. mencari rezeki dan harta tidak salahnya cuma jangan jadi materialistik. Leka diri dan dunia..

    BalasPadam
  4. Bila saat kita bersedia, pasti Allah bagi kita kejayaan itu kan :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama