Alahai..Menyampah Sungguh La..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


ALAHAI..MENYAMPAH SUNGGUH LA .. || Ketika asyik berbicara kadang-kadang tidak terjangka apa yang bakal dilontarkan..individu yang bercakap akan terus berbicara..namun yang mendengar terserah sama ada pilih mahu terus mendengar atau beredar dengan sopan dan izin.Tergantung juga pada situasi.

MENYAMPAH DALAM ERTI KATA SEBENAR.Ada yang suka berlapik-lapik bila berbicara..lawannya dalam senyum,setujunya dalam sepi dan tertunduk..tidak kurang ada yang terus terang.Umpannya cucu cacing sahaja tapi hasilnya wow sangat.Lebih parah belum tanya sudah jawab.Terserah mana yang mahu dipilih.Tetapi kalau tanya PC,berpada-pada mengikut situasi dan keperluan..kalau berbicara mengikut kehendak pun banyak khilafnya nanti..tambahan andai lebih banyak minyak berbanding air itu lebih memburukkan diri dan keadaan.

Rasa menyampah itu puncanya sikap.Cuba mengubah..sama-sama berubah,inshaAllah semua akan lancar.

MENYAMPAH SEKADAR KIASAN-KIASAN SEMATA.Terlalu suka akan sesuatu namun sukar untuk mendapatkannya...Rasa menyampah yang sekadarnya dimulut walhal tidak terlintas dihati.

"Menyampah tahu tak...kenapalah baju ni cantik sangat"
...sebenarnya dapat tengok tapi tak dapat beli..tu datangnya menyampah disitu..huhu..
"Awak niiiii...kenapa laaaa comel sangat...menyampah je rasa sebab tak boleh bawa awak balik rumah" (saat ziarah bayi baru lahir lazimnyalah)

Hanya Allah SWT yang tahu lintasan dihati kita.Niat kita juga.Husteru bila berbicara dengan pihak lain jangan mudah mengadili begitu begini..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. menyampah dalam banyak perspektif...kdg2 selalu gak menyampah tengok barang-barang cantik-cantik, tp tak boleh beli sebab bukan keperluan pun kan..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. menyampah bukan pada sudut negatif sahaja kan..hihihihi...kadang menyampah yang menuju ke arah yang lebih santai dan melucukan..

      Padam
  2. Tang baby tu...mcm dah jadi pickupline...hahaha....

    Semalam nak baca entry ni tak dapat..harini bru dpt baca...menyampahlah..eh...haha

    BalasPadam
  3. Tak mahulah guna perkataan menyampah dalam kamus hidup kita.. LZ cuba berlapang dada ketika berdepan dengan karenah orang yang pelbagai.. Andai ada perangai yang menyampah / meluat, LZ akan fikir perkara yang baik-baik tentang orang itu..

    BalasPadam
  4. Menyampah dalam maksud yang berlainan okay lagi tapi kalau maksud sebenar kena hati-hati itu lama-lama boleh jadi barah.

    Menyampah jer tengok tv3 dia, astro ria dia lagi, Al-Hijrah pun dia jugak lagi. dia lagi..lagi.. lagi... dia hahahaha...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama