بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum 💖
DENGARKANLAH ||🎶🎶....Dengar..Oh! Jeritan batinku.....🎶🎶...antara bait-bait lirik nyanyian Allahyarham Tan Sri P Ramli..Jeritan Batinku..kalau tak silap PC lagu ini dalam cerita "Ibu Mertuaku"
Apa yang di dalam hati tidak mungkin kedengaran kalau tidak diluah dengan kata-kata baik secara lisan atau tulisan.Kecuali DIA yang Maha Hebat.Maha Mendengar.Tahu segenap inci apa yang ada pada kita hamba-hambaNYA ..
Mendengar itu dengan sepasang telinga..itulah Allah ciptakan telinga untuk kita..syukuri..satu saat telinga itu boleh berbicara.Maka,dengar apa sewajarnya sahaja selagi boleh..
JANGAN SEMBARANGAN.Saat mahu berkeluh kesah..pertama pada DIA..bicaralah apa yang terbuku di dada..yang menyesak minda..silakan..sebanyak-banyaknya..pastikan lega..dan kemudian mungkin dengan insan yang diyakini boleh dipercayai.Jangan berlainan jantina..tidak usah juga yang gemar mengadu domba.Bahaya.Takut nanti terpelanting dari mulut telaga..terjerumus pula dilembah fitnah dunia..pilih untuk menjadi pemilih pada segelintir hal itu perlu dan tidak salah.
SANG DEWASA.Tidak perlu bertubuh yang gagah perkasa.Cukup mampu menjadi pendengar setia.Bukan fizikal yang mendengar tetapi cukup deria dengar yang kebal dan peka saat diperlukan.Ibu ayah,dengarlah setiap patah bicara anak-anakmu sebelum mereka lebih memilih orang asing untuk meluah rasa.Sahabat,bersedialah untuk sama-sama berkongsi rasa,mendengar apa yang cuba tidak mampu sahabatmu cerna.Bantulah.
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
Tidak semua permasalahan itu berpunca daripada kewangan.Tidak semua hal wang itu solusinya.Adakala cukup kita sudi mendengar setiap keluh kesah lantaran bebanan dirasa..itu juga bantuan sebenarnya.
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
Tags:
Santai
Setuju tu PC. Hati-hati kalau kita ingin meluahkan pada sesiapa kecuali yang lebih selamat hanya Allah sahaja
BalasPadamKan....itu jalan terbaik...kalau pun mahu berkongsi dengan kawan-kawan...jangan semua...simpan untuk diri sendiri juga.
PadamSahabat yang boleh beri telinga utk dengar luahan kita susah nk jumpa skrg ni. Kalau ada, seharusnya kita bersyukur kerana Allah dtgkan dia dalam hidup kita sebagai satu "ikhtiar" utk melegakan sesak yg ada dlm hati dan jiwa kita.
BalasPadamBetul Sis...ramai yang sanggup dengar tapi nak cari yang jujur simpan segala cerita itu SANGAT susah.Setuju,kalau dapat kawan begitu,itu rezeki.
PadamBetul...depan kita bersungguh kata janji akan menjadi rahsia.....beru 5 langkah kita melangkah..tersebar semua cerita...
BalasPadambetul tue, sakit aty sbnarnya apabila kita diaibkan oleh org ditambah dgn fitnah..
BalasPadamItu yang boleh buat gaduh jadinyakan..,nauzubillahiminzaliq
PadamALLAH MAHA MENDENGAR N KITA WAJAR MNJADI PNDNGAR YG BAIK BRKONGSI RASA
BalasPadamBetul kak...bila kita bersedia jadi pendengar..mesti bersedia juga untuk jujur..
PadamBanyak 'benda' tidak terluahkan kerana tidak mahu akhirnya ia menjadi fitnah...
BalasPadamBetul kak...daripada kita cakap lain,orang faham lain...baik simpan sendiri...
PadamKadang dengan hanya mendengar boleh melegakan masalah seseorang. Jadilah pendengar yg baik pada sesiapa shj. jangan plak mengadu domba. Masalah sebaiknya di perdengarkan pada Allah (DIA yg maha Mendengar).. :)
BalasPadamBetul la kak...kadang orang lain atau diri kita sendiri pun...bukan nak apa pun...cuma minta dengar je...dengar apa yang terbuku dihati..cuma tulah....kena berhati-hati.
PadamStarting baca dah start menyanyi tau...hahaha
BalasPadamMerdunya suara....hihihi...menyanyi sambil senyum ya...
PadamAlhamdullliah saya dapat sesuatu..
BalasPadamilmu kerohanian yang sangat saya dambakan
Alhamdulillah syukur kalau ianya memberi manfaat..
PadamAllah yang Maha Mendengar. tak usah kau keluh kesah meraung. hatta detikan hati pun Dia Mendengar dengan jelasnya....oleh sebab tu jugak jaga apa yang terlintas dihati, sangka yang baik2 saja Insyaallah yang baik2 juga kita dapat.
BalasPadamBetul sangat....tiada penghalang untuk Allah tahu semua yang ada pada kita...moga lintasan yang baik-baik...menjadi doa yang baik-baik juga untuk kita,amin.
PadamWkmsalam.
BalasPadamMendengar sesuatu luahan dengan penuh rasa empati supaya kita dapat lebih menyelami permasalahan tersebut. Tunjukkan jalan2 penyelesaian bukannya tolong buat keputusan.
usah berbicara lawan jantina,kerana dari menjadi pendengar setia takutnya ada perasaan lain yang tiba kerana ada syaitan di tengah2nya yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia
BalasPadam