Masih Berbaki

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


MASIH BERBAKI || Hari ini 25 Syawal.Bermakna sudah 25 hari juga Ramadhan meninggalkan kita.Macam meninggalkan,hakikatnya Ramadhan sedang membuat pusingan "U" untuk menanti giliran menemui kita lagi.InsyaAllah ada redhaNya kita jumpa lagi.Semakin hujung Syawal semakin itu rancak majlis rumah terbuka diadakan di sana sini.Semakin itu juga ada yang gigih melunaskan puasa sunnat yang masih berbaki.

Kuih raya..kalau di awal-awal raya..kurang uuumppph bagi PC...terasa sedapnya bila waktu-waktu begini..hujung-hujung Syawal hinggalah habis Syawal..Nikmat lain macam..serdak atau tinggal habuk pun terasa sedap sangat.Kadang sampai ketuk-ketuk cepu kuih tu..

Setiap rezeki itu ada nikmatnya.Bukan untuk sendiri,ada juga untuk diagihkan kepada yang sewajarnya.Agih sebaiknya supaya yang masih berbaki biar pun hanya sedikit..rasa kecukupannya berterusan..🍒Perdu Cinta 🍒

MANFAATKAN USIA.Saat ini kita menikmati apa sahaja yang diingini.Semahunya,semampunya dan selayaknya atas setiap nikmat yang dipinjamkan.Moga-moga dalam setiap daripada itu tidak kita menyisih atau menolak ke tepi apa yang DIA mahukan daripada kita hamba.Timbal balas.

DUIT SEKOLAH JADIKAN TABUNGAN.PC suka sebut duit jajan.Walau pun tak beli jajan.Walau setiap pagi mama sediakan bekal..babah pasti sediakan duit jajan..alhamdulillah.Di sekolah rendah kadar tabungan agak lumayan berbanding sudah ke sekolah menengah..tapi setiap baki yang ada pasti ke tabungan.Terserah pada diri mahu atau tidak sebenarnya menabung.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. MANFAATKAN APA YG KITA MILIKI SEBAIKNYA

    BalasPadam
  2. Ana pun guna perkataan jajan. Tp duit jajan ana tak pernah dpp sebab masa sek memang kena jaga kedai Runcit ayah. So boleh amik je mana jajan yg ana nak. Hehe

    BalasPadam
  3. Cepat betul rasa masa berlalu tahun ni.. bermula 1 ramadan dan sekarang dah penghujung syawal..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama