بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum 💖
PEDANG..JARUM..GUNTING || Cara kanak-kanak hendak menunjukkan keadilan.."osom" la yang menjadi pilihan.Waktu itu semua keluar..batulah..mataharilah..kertaslah..guntinglah..burunglah..airlah..mana yang sifatnya keras atau kuat dialah menang..tidak pun main terbalik atau telentangkan telapak tangan.."lat-ta-li-lat-ta-li-tam-lum".Itu kaedah PC dan rakan-rakan bermain saat kecil-kecil..mungkin sekarang ada tapi jarang atau mungkin kadang-kadang sahaja.Tidak hairanlah bila anak-anak zaman sekarang melihat cara begitu untuk tentukan giliran,mereka berasa bagai ada sesuatu kepelikkan sedang berlaku.Muka pelik macam nampak alien..
Seusia yang dilalui,banyak yang telah ditinggalkan..bagi yang melalui ianya menjadi kenangan indah untuk dikenang.Bagi yang tidak mengetahui mungkin ianya terganti dengan sesuatu yang lebih baik.Sedar atau tidak ada tiga senjata ini yang hampir dengan diri kita mesti dikemudi sebaiknya..harus dijaga molek-molek..apakah?😉
PEDANG.Lidah.Ya butir bicara kita lebih tajam daripada pedang.Baik sahabat mahupun musuh boleh tercedera dengan pedang yang satu ini..kata-kata adakala membina..ada saatnya membinasa tidak mengira masa.Pedang ini boleh menikam musuh,boleh juga mempertahankan sahabat,,dan jangan hairan andai berlaku sebaliknya.
Jaga-jaga..pedang ini akan tumpul setumpul tumpulnya di hari pengadilan dan pembalasan..hunus pada tempatnya..simpan juga pada kedudukannya.Takut kelak lantaran terlalu tajam hari ini..membinasa pada hari mendatang.
JARUM.Tajam tapi tugasnya mencantum.Dari sudut mana pun,bagaimana pun rupa koyakkan dan hasilnya..ianya tetap mencantum.Biar hasil akhirnya tidak secantik pada awal sebelumnya koyak dan lebih parahnya rabak...ianya tetap menyatukan.
GUNTING.Gunting dalam lipatan itu SANGAT bahaya..tetapi memutuskan atau memisahkan sesuatu yang kurang baik itu wajar dilakukan sebelum ianya turut menburukkan keadaan..dengan syarat..terlebih dahulu usaha mengubah dan perbaiki yang kurang baik tersebut.
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
Tags:
Santai
kena elakkan semua ni
BalasPadamYang kurang baik cuba elak...yang baik kita terus amalkan..insyaAllah :)
PadamJarum...
BalasPadamIbarat sebuah kebenaran yang menyakitkan...
Tapi setelah mengetahui kebenaran mungkin boleh dibaiki hubungan itu =)
Betul..walau sudah berbeza rupanya...walau tetap ada parutnya...
Padamgituh ye
BalasPadamIye kiranya..hihi.
PadamLidah yang tak bertulang lagi tajam dari sifat jarum tu sendiri. Jarum walaupun tajam sifatnya namun hasilnya menyatukan.
BalasPadamBetul Sis...ada masa ada baiknya jadi jarum..fungsinya tidak sembarangan..sakit yang membahagia.
Padampedang jarum gunting wadah kehidupan berguna mfaatkannya
BalasPadamInsyaAllah. Betul kak..dengan syarat bijak memanfaat.
PadamYe gunting tuh bahaya...gunting dlm lipatan..kne elak org jenis mcm nih
BalasPadamPaling bahaya...bahaya dalam senyap...nauzubillahiminzaliq.
PadamPilih kegunaannya utk yg bermanfaat akan mendatangkan hasil yg baik.
BalasPadamBetul kak...Allah beri kita akal...manfaatkan.
PadamAda jarum yang membinasakan kalau disalahgunakan.
BalasPadamBetul...hindarilah kerana itu musuh negara..dan agama terutamanya.
Padamambik manfaatnya, jauhi mudaratnya
BalasPadamTepat sekali...setuju..
PadamSimbolik kepada mengeratkan silaturahim...
BalasPadamGunting dalam lipatan tu juga boleh menghancurkan bangsa dan agama.. sejarah telah menceritakannya.. t kasih atas perkongsian dan peringatan ini PC.
BalasPadam