Tiada Tarikh Luput Dan Lupus

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

TIADA TARIKH LUPUT DAN LUPUS || Makanan,ubat-ubatan..ya ada tarikh luputnya..dan sesetengah barangan juga sampai waktu akan dilupuskan.Tamat khidmat.Noktah riwayat.Begitu juga kisahnya nyawa kita..tiba saatnya terhenti juga.Maka jasad terbujur kaku.Pucat.Lesu.

Kematian itu permulaan satu kehidupan baru yang tiada penghujung.Kehidupan yang isinya bergantung apa yang diusahakan semasa kehidupan di dunia.Bagaimana lancar dan tergendalanya langkah demi langkah kelak..bergantung kualiti benih yang telah disemai.Menjadi hasil atau bertukar lalang.

Justeru masih bernyawa pada sebujur jasad..

BERBUAT BAIK.Buat baik mudah,yang susah menjaga kuantiti dan kualiti kebaikkan yang dilakukan itu.Istiqhomah dalam hal kebaikkan bukan mudah ya.Perlu berperang dengan diri sendiri.Hendak selamat padukan niat.Sentiasa suburkan iman.

BERMAAFAN.Ada yang mudah meminta maaf..ada yang berat mengungkap kata maaf..meminta maaf itu sukar..memaafkan juga bukan mudah.Syawal,sinonim sangat dengan bulan dan saatnya bermaaf maafan..silap yang dijamakkan,,dan di bulan Syawal setiap silap di qasarkan saat meminta maaf.Fuh...peluh orang belakang tunggu giliran nak bersalaman.Adalah lebih manis lagi afdhal,mohon maaflah sentiasa kerana TIADA TARIKH LUPUT DAN LUPUS untuk lakukan begitu.Selagi namanya manusia waras..selagi itu sentiasa terdedah untuk lakukan silap..dengan sesama insan bermaafan..dengan Allah kita mohon taubat diterima.Aminnn.

MENJADI YANG TERBAIK.Berusaha menjadi yang terbaik itu sangat perlu.Jangan pernah berasa cukup dan puas atas setiap kebaikkan yang telah atau sedang dilakukan.Kita tidak sedar malahan tidak tahu pun pada setiap kebaikkan yang dilakukan itu hanya berapa peratus sahaja yang benar-benar diterima sebagai amal kebaikkan..tolak riak..tolak ujub..tolak takbur..huisss..silap-silap tidak ada apa pun yang tinggal.Oleh itu teruskan usaha menjadi yang terbaik di pandangan Allah.

Sesetengah perkara kita sangat perlu hadkan..pada sesetengah hal lainnya kita wajar melebihkan..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi  
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Terima kasih PC, selamat hari raya maaf zahir batin.

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat..

    Selamat hari raya..

    BalasPadam
  3. Berusaha menjadi yang terbaik itu bukan mudah T_T

    BalasPadam
  4. Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin PC. Terima kasih atas peringatan.

    BalasPadam
  5. Nak jadi baik tu memang sangat senang. Tapi nak istiqomah dalam melakukan kebaikan tu yg plg susah nak jaga.

    BalasPadam
  6. dah menjadi adat bila bila Syawal baru nak bermaaf-maafan. Betul macam PC cakap qada salah mintak maaf di hari raya. Pape pun kita o-o ye kalau ada buat salah

    BalasPadam
  7. sentiasa berasa rendah diri.
    minta maaf dan memaafkan.
    hati pun tenang.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama