Teruskan ... Rasa Jemu Tolak Tepi

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

TERUSKAN ... RASA JEMU TOLAK TEPI || 3 Zulhijjah 1438H.Alhamdulillah.Semoga semua dilindungi dan dilimpahi dengan keberkatan.InsyaAllah.Aminn.Salam Jumaat terakhir dibulan Ogos.Salam kasih sayang.Cuti sekolah pun telah bermula.Syukur.Moga walau tidak sekolah,anak-anak atau adik-adik tidak terus melupakan buku.Main...main juga...tapi buku jangan terus diperap.

Teruskan ... rasa jemu tolak tepi ...

KERJA OWH KERJA.Ada yang cepat dan mudah bosan.Lebih-lebih lagi sekiranya melakukan perkara yang sama setiap hari berulang kali. Tetapi kalau sudah namanya kerja sila tolak ke tepi rasa jemu.Terus fokus agar menjadi lebih mahir bukannya hilang fokus kemudian berhenti dan mencari pekerjaan lain.Boleh,kerja kemudian berhenti dengan tujuan untuk mencari pengalaman dan ilmu...dengan syarat sesudah bekerja dalam tempoh yang sewajarnya.Kerja 3 hari kemudian berhenti kerana bosan lakukan kerja yang sama...takut sebenarnya diri yang bermasalah.

TERUSKAN BERCAKAP.Diam itu lebih baik.Tapi dalam sesetengah bab,seandainya perlu untuk kita bercakap ... silakan terus bercakap.Lebih-lebih lagi dalam perkara kebaikkan.Sebar dan sampaikan dengan penuh hikmah dan istiqhomah.Bissmillah.Putihkan niat.Acuankan hati.

Satu hal yang tidak wajar kita lakukan adalah berhenti bercakap denganNya.Biarpun diluar waktu solat...sekadar di dalam hati,berbicaralah denganNya.Kalau kita ramah tamah sesama kita untuk menjaga ukhuwah,jangan kita sombong dengan DIA kerana ukhuwah utama kita mesti jaga adalah dengan DIA.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

17 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Salam jumaat.Jadikanlah kerja atau tugasan itu sebagai jalan ibadah kepada Allah s.w.t

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.Amin.Niat betul boleh jadi ibadah.InsyaAllah :)

      Padam
  2. Salam Jumaat PC. Selawat ke atas Baginda Nabi s.a.w. teruskan memberi inspirasi kepada semua walau terkadang rasa lelah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin.InsyaAllah Sis.Kita sama2 gigih untuk berkongsi apa pun selagi ianya bermanfaat :)

      Padam
  3. terima kasih diatas perkongsian..sama- sama kita muhasabah diri memperjuangkan kebaikkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah.Amin.Moga terus menarik aura positif :)

      Padam
  4. SALAM JUMAAT PC..JGN SOMBONG DGN-NYA..XLAYAK PUN KITA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat.Kalau sedar diri,insyaAllah sifat sombong itu boleh dielakkan :)

      Padam
  5. Balasan
    1. Sombong pada hal negatif tak apa..rugi sombong sebab semua Allah SWT pinjamkan saja :)

      Padam
  6. Salam Jumaat PC.
    Betul tu hubungan kita dengan DIA wajib dijaga rapi dengan sendirinya hubungan kita sesama manusia akan dipelihara oleh DIA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dua dalam satu..jaga hubungan dengan DIA..nanti DIA jaga hubungan kita dengan yang lain insyaAllah :)

      Padam
  7. in shaa Allah bila segalanya dibuat kerana Allah, tiada lagi perkataan jemu dalam ingatan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin.Mudah-mudahan begitu.Ikat hati lakukan keranaNya ganjarannya luar jangka :)

      Padam
  8. Secara tak langsung menjadi bantuan untuk kita kelak.Buar jecil kebaikkannya namun tetap sangat2 berguna :)

    BalasPadam
  9. blogger juga satu kerjaya. dan kerja.. dan jgn penah jemu.. chaiyok untuk smua para blogger

    BalasPadam
  10. CT setuju bab diam itu lebih baik tapi benar.. dalam sesetengah bab memang kena terus bersuara..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama