Ada Lagi Masa .. Usahakan Segera!

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


ADA LAGI MASA .. USAHAKAN SEGERA! || Terlambat? .. tidak.Selagi nyawa masih berjauhan daripada leher selagi itu peluang dan ruang itu sentiasa ada dan terbuka luas untuk kita.Untuk semua.Sesiapa pun.Asalkan ada tindakan untuk mengisi ruang dan peluang yang telah Allah SWT sedia untuk dipinjamkan.

Ada Lagi Masa .. Usahakan Segera!
Google image 

BIJAK REBUT PELUANG.Hendak berjaya mesti bijak rebut peluang *lazimnya begitulah yang kita dengar dan nasihat-nasihat daripada pakar kan..kan..kan*.Baik dalam apa pun bidang dan pekerjaan yang diceburi.Work hard or work smart .. terserah masing-masing untuk mencapai sasaran.Menggapai impian.Syaratnya tiada yang rasa ditindas dan tiada yang menjadi mangsa kerakusan diri dalam ghairah merebut peluang.Jangan berasa bahagia dan bangga dengan pencapaian diri di atas derita dan air mata orang lain .. takut-takut nanti tak terlap air mata sendiri.Elak dan moga dijauhkan la ya.Aminn.

Jaga hubungan dengan Allah SWT .. Jaga juga hubungan sesama manusia .. menjaga hubungan dengan Pencipta itu paling utama namun Allah SWT juga tidak suka hamba-hambaNYA bermusuhan dan merenggangkan silaturahim.PerduCinta

KATAKAN TIDAK DAN JANGAN KITA PULA  HAMPIRI.Tidak  mustahil kita diuji berpunca daripada diri sendiri,daripada apa yang dilakukan dan daripada apa yang diperkatakan.Tidak salah kalau sedari dulu kita sering diingatkan dengan kiasan-kiasan seperti .. "cakap siang pandang-pandang,cakap malam eh bisik-bisik" .. "kerana pulut santan binasa,kerana mulut haiii badan binasa" .. "terlajak perahu boleh diundur,terlanjur bicara badan merana" ..
Daripada Samurah bin Jundab RA bahawasanya nabi SAW bersabda : Sebahagian daripada penghuni neraka akan dijilat api neraka hingga ke tumit, sebahagiannya hingga ke lutut, sebahagiannya hingga ke pinggang dan sebahagiannya pula hingga ke tulang leher.(Riwayat Muslim) (SUMBER)
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi  
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Habluminallah habluminannas.
    Jauhkan dari persengketaan dan permusuhan insyaAllah bahagia hidup.
    Salam Maal Hijrah PC.

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas peringatan ni PC.. Rebut peluang selagi terdaya.. Apa yang penting memang hubungan dengan Yang Maha Pencipta itu yang utama.. :D

    BalasPadam
  3. berusahalah seolah2 kita akan hidup seribu tahun lagi
    Beramallah selagi hayat dikandung badan.

    BalasPadam
  4. Betul, nak berjaya kena pastikan halal dan betul caranya. Baru rezeki yang masuk pun berkat

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama