بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum 💖
BERGANTI-GANTI || Lari berganti-ganti biasa dengar.Lazimnya satu kali larian 4 calon untuk 400 meter maka jadilah lari berganti-ganti 4x100meter.Masa passing batton itulah yang buat jantung berdegup kencang.Adududu.Lebih-lebih pihak lawan kawannya sudah sampai.Sedang kita tunggu sambil berlari-lari anak kawan tidak juga sampai-sampai😂😥 .. hahah ...
Google image
Itu kisah sukan .. kisah PC dulu-dulu ... apa kisahnya dengan berganti-ganti yang cuba PC nak sampaikan kali ini.Kalau orang jawa di sebut "gentenan" .Bahasa mudah membantu ikut giliran.Huhuhu.Dulu ianya menjadi satu tradisi.PC lalui zaman ini.Sungguh.
RINGANKAN BEBAN.Sama-sama susah maka sama-sama membantulah terutama ketika ada hal besar berlaku.Majlis perkahwinan.Urusan kematian.Merai kelahiran.Adik beradik,jiran tetangga dan saudara mara mendahulukan sumbangan sorang sedikit untuk menampung apa yang tiada.Maka yang kurang dapat di atasi.
Hari ini saya tolong awak bila giliran saya awak tolong saya.Ha gitu.Sama ada memulangkan barang yang sama atau sebaliknya terserah.
MENDIDIK.Menjaga ukhuwah bukannya mudah.Bila mana ada cara sebegini ianya mendidik agar menjadi jujur dan saling menghargai serta menghormati.Biarpun begitu apa yang paling penting sebenarnya adalah keikhlasan pada setiap pemberian.Itu lebih baik sebenarnya.Baik untuk jangka masa singkat dan untuk jangka masa panjang juga.
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
Tags:
Santai
lari berganti-ganti... dulu akak pun pernah join... hehe... benar! dalam hidup ni mmg berganti-ganti hidup kita, apa yang dirasai orang lain kita jua akan mengalaminya sama...
BalasPadamKan kak..bila kita tengok orang lain kita ambil pengajaran...
PadamLari berganti-ganti..Tapi aku lagi suka tengok atlet yang ikut acara lari berganti-ganti.Saya setuju dengan apa yang PC cakap kat atas ni.
BalasPadamGigih berlari ya.Silap passing batton boleh menangis.
PadamMemang susah nak jaga silaturahim
BalasPadamsebab itu penting dan pahalanya pun besar
sampaikan memenuhi undangan ni wajib kan
Betul..bukan mudah nak jaga...sangat rapuh dengan persekitaran..asal jujur..insyaAllah baik-baik sahaja.
PadamGentenan merupakan budaya masy jawa yang masih diamalkan.
BalasPadamKan Pakcik..hehehe..seronok sebenarnya..budaya yang boleh diteruskan.
PadamWalaupun begitu niat menolong biarlah ikhlas
BalasPadamKalau harapkan balasan dari manusia, khuatir tak dapat pahala
Tepat..takut sia-sia jadinya ya.
PadamDalam hidup ini , perlu saling bantu membantu . Malah menjaga hubungan sesama manusia .
BalasPadamSetuju..barulah aman..gembira dan saling meredhai.
PadamHaaaa betul...cuma kalau nak gentenan kena jujur dan sungguh2..sebab kalau tidak orang marah.
BalasPadamKerjasama, toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain dapat mengeratkan ukhwah kita sesama manusia. Yang paling penting ianya mesti disulami dengan keikhlasan seperti nasihat kak PC. Terbaik kak PC. :D
BalasPadamI can relate to every words you said. Bila kita buat sesuatu, biarlah ikhlas. Sekiranya kita ditolong, ucaplah alhamdulillah... rezqi kita untuk ditolongi. Tetapi sekiranya kita sudah usaha untuk menolong orang dan bilamana ada suatu saat kita berada di dalam keadaan susah dan tiada sesiapa yang membantu, janganlah kita mengungkit pula.
BalasPadamhttp://panphila.blogspot.my
Kita ni Allah jadikan sebagai makhluk komuniti
BalasPadamSebab tu dalam quran ada surah semut dan surah lebah
2 makhluk ni kan sifatnya tolong menolong
Untuk kebaikan masyarakat umum.
Tapi sekarang tidak banyak yang masih mengamalkan cara sebegitu.. Lebih mudah mengupah katering.. Tapi pemberian masih boleh dilakukan dalam bentuk wang.. Yang pasti ukhwah tetap terjalin..
BalasPadam