Mantapkan Terasnya

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

MANTAPKAN TERASNYA || Besar,tinggi,gah,tersergam indah dan apa sahaja yang selayaknya untuk ditafsir..bagaimana pun terlihat pada pandangan mata hebatnya bangunan mahupun sebuh rumah itu harus dipastikan kukuh sedari asasnya.Begitu juga halnya dengan kita manusia.

Daun sireh daun kadok
Macam sama tapi tidak serupa
Bila bercakap tidak usah belok-belok
Takut nanti orang hilang percaya

Hilang percaya banyak ruginya
Raih kepercayaan bukan mudah
Lebih baik berterus terang sahaja
Biar jelas yang sudah-sudah

Menjadi kenangan hal sudah-sudah
Terakam indah disegenap minda
Semailah hal yang bawa faedah
Moga terus mengalir ganjaran pahala


Diketika jasad sudah bersatu dengan bumi tiada apa yang diharapkan untuk menjalani kehidupan yang kekal abadi melainkan segala ganjaran pada setiap kebaikkan yang pernah dilakukan.Biarpun sebesar zarah sekalipun teramat sangat kita harapkan dan hargai.Selagi boleh kebaikkan itu akan digali.

LIAT.Liat sinonimnya dengan daging yang kurang lama dimasak.Tapi daging yang liat-liat sikit itulah yang syok makan.Agak-agak kalau kita liat*susah goyah*mudah tak orang nak buli kita .. goreng kita sesuka hati.Pentingnya dipasak kemantapan dalaman pada diri,dari sudut mana pun diasak insyaAllah boleh bertahan dan terus mempertahankan.

Mantapkan Terasnya
Google image 

Sepertinya sebatang pokok bila teguh akarnya mencengkam bumi ianya bukan sahaja sekadar menjadi terapi mata yang memandang malahan boleh menjadi teduhan dan sandaran saat diperlukan.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

14 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Suka kalau Kak PC start berpantun :) Betul kak, kalau hari ni cakap lain, esok cakap lain, lama-lama orang tak percaya dan malas nak layan kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Siqah..walau kadang macam pelik bunyi pantun kak PC ni...lama-lama orang boleh kesan ketidak jujuran bila cakap berubah-rubah kan Siqah.

      Padam
  2. Teras kehidupan seorang muslim terletak pada rukun iman dan islam. Kena mantapkan dua2 rukun ni insyaAllah harmoni hidup sesama kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat2.kalau dijaga yang dua ni insyaAllah yang menyusul baik-baik sahaja nanti.

      Padam
  3. Solat itu teras agama
    teras harus dipasak sedari kecil

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat.Kalau tiangnya rapuh bagaimana yang lain hendak bergantung dan bersandar.

      Padam
  4. Kalau teras agama tak kukuh

    macam mana nak jumpa dengan Allah kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang bahaya..subhanAllah moga kita cepat sedar.

      Padam
  5. pada kak ana teras yang paling kukuh adalah dari rohaniah keimanan dalam jiwa insan, Waallahu alam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju..tepat sangat kak...dari dalam..iman itu diakui dari hati..betulkan dari situ terlebih dulu kan kak.

      Padam
  6. Betul tu... akar seperti rukun dalam kehidupan. Tanpanya kita pasti hilang arah. Semoga akar keimanan kita semua sentiasa utuh dibawah rahmat Illahi... aamiin.

    BalasPadam
  7. Betul tu... akar seperti rukun dalam kehidupan. Tanpanya kita pasti hilang arah. Semoga akar keimanan kita semua sentiasa utuh dibawah rahmat Illahi... aamiin.

    BalasPadam
  8. Suka baca pantun PC.. Mendalam maknanya..

    BalasPadam
  9. Nice sharing pc... Akar yg kuat mesti dibinakan utk kukuh diakhirat

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama