بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum 💖
REZEKI || 2 September.Alhamdulillah ibadat korban masih lagi berlangsung.Syukur.Oleh kerana cuti dilanjut sehingga hari Isnin,pasti ramai yang masih bergembira di kampung halaman atau mungkin dihaluan percutian masing-masing.Nikmat apa lagi yang hendak didustakan.Tiada.
Rezeki itu sangat luas.Walau sekecil nikmat itu tetap rezeki.Syukuri.Hargai apa yang ada di hadapan mata.Jaga.Kalau bukan untuk kita ianya pasti menjauh.Andai takdir ianya milik kita,ya ianya pasti mendekat tanpa terduga.
Sup tulang + daging
Seharian semalam kami mencari daun sup dan taugeh...adusss tiada dan kehabisan stok.Ditambah banyak kedai tutup😂.Oleh kerana semangat mahu masak sup tu macam tak boleh dibendung...awal pagi en suami mencari.Alhamdulillah👍.Rezeki.Allah tangguh.Pasti berhikmah.
Aidiladha masih terasa
Masih juga dirai bersama
Jauh dekat berjanji berjumpa
Merapatkan zahir yang jauh dimata
Ibadah korban di sini sana
Bagi yang mampu melaksanakannya
Bahagian yang ada diagih sama rata
Sama-sama nikmati dan juga merasa
Rendang,sup dan kari juga
Menu lazim menggayakan daging yang ada
Lebihkan kuah ketika memasaknya
Boleh dikongsi dengan jiran tetangga
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
Tags:
Santai Peribadi
selamat hari raya haji PC... semalam kat sini masak sup tulang lembu korban...
BalasPadamselamat hari raya aidil adha kpd PC n famili....
BalasPadamnampaknya rezeki saya dapat tengok je la...rezeki jugakla
BalasPadam