Berbahagilah..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 

BERBAHAGILAH..

Hari ini hari Selasa
Selamat bercuti warga Pahang
Berbahagilah tanggungjawab yang ada
Sepertinya juga berkasih sayang

Adilnya manusia semampunya
Memberatkan hak bagi yang berhak
Buang iri hati dalam jiwa
Hindari sikap suka bertekak

Berbahagilah
Google image 

Sana sepuluh sini sepuluh
Bukan memberi kerana nama
Kita berpeluh dia pun berpeluh
Apa yang ada barbahagilah sama

Memberi bantuan tiada salahnya
Amalan mulia disukai Tuhan
Apa yang utama berpada-pada 
Agar tiada yang ambil kesempatan

Jangan disesali bantuan yang diberi
Walau sedikit tetap dihargai
Apa yang utama iklas dari hati
Ganjaran pasti Tuhan beri

Hargai keluarga kandung dahulu
Susah senang kita mereka setia bersama
Kenalan yang baru belumnya tentu
Moga bersamanya hanya ketika gembira

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Berat sama di pikul. Ringan sama di jinjing ye PC. Baru aman hidup seharian.

    BalasPadam
  2. betul...tolong ahli keluarga terlebih dahulu yang lebih utama =)

    BalasPadam
  3. yup.. mak selalu pesan apa2 tolong adik beradik dulu..

    BalasPadam
  4. Best warga pahang cuti ye harini..

    Air dicincang takkan putus dengan keluarga dan saudara mara

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama