بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum ♡
BERTERUSAN .. MAMPUKAH?!? ~ Berterusan dalam melakukan suatu hal itu bukannya semudah menyebut.Berterusan seerti juga dengan "Istiqhamah".. iaitu ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara terus-menerus (termasuk urusan agama); beristiqamah melakukan istiqamah.
Cabaran sentiasa ada .. jurang sentiasa luas dan terkadang semakin dalam.Bila kita bersemangat untuk terus berada dipaksi yang sewajarnya tahap menggebu-gebu diketika itu jugalah lintasan-lintasan dan pelbagai bisikkan singgah untuk menghalang dan mematah.Hasutan luaran tidak akan bercambah subur jika hati lebih teguh dan sentiasa ampuh.InsyaAllah 👑
Cabaran sentiasa ada .. jurang sentiasa luas dan terkadang semakin dalam.Bila kita bersemangat untuk terus berada dipaksi yang sewajarnya tahap menggebu-gebu diketika itu jugalah lintasan-lintasan dan pelbagai bisikkan singgah untuk menghalang dan mematah.Hasutan luaran tidak akan bercambah subur jika hati lebih teguh dan sentiasa ampuh.InsyaAllah 👑
Salah satu ramuan penting pada tindakkan yang berterusan itu berjaya adalah disiplin.Huiii..bukan calang-calang dugaannya.Terkadang bukan kita tidak mampu untuk berterusan dalam melaksanakan sesuatu tetapi sedari awal kita kalah dan menyerah*ini PC sendiri lalui pada sesetengah hal*.Perlu semangat dan yakin boleh! .. Mampukah! .. Minta padaNYA.
Kerajaan di langit sentiasa akur dan melaksanakan tugasan seperti yang ditetapkan tanpa mempersoalkan apa-apa pun..planet-planet berputar pada paksinya juga seperti mana yang telah DIA tetapkan..berterusan..jadi mengapa tidak kita ini hamba-hambaNYA berterusan menjaga dan berubah kepada kebaikkan sebagai membalas setiap pinjaman nikmat yang telah,sedang dan akan Allah SWT berikan.
Teruskan dengan momentum yang padu pada setiap jalan kebaikkan lebih-lebih lagi jika ianya mampu menarik lebih ramai orang untuk mendekatiNYA sentiasa -PerduCINTA-
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
Tags:
Santai
waalaikummusalam
BalasPadamsalam jumaat
Nak memulakan sesuatu kerja memang senang
BalasPadamNak buat berterusan susah
apatah lagi buat sampai habis
Lagilah susah
nak kekal buat sesuatu memang susah
BalasPadamuntuk istiqhamah, perlukan disiplin yang kuat. InsyaAllah boleh.
BalasPadamterima kasih 4 sharing..semoga sentiasa istiqamah utk menggapai redhaNya
BalasPadamBukan senang nak istiqamah buat kebaikan.. Cabaran onak duri tu
BalasPadamTapi takpe, Allah ada melihat dan akan memberi ganjaran atas usaha kita walaupun yang sedikit 😊
nak istiqomah tu memang susah. kena ada azam yang kuat.
BalasPadammoga kita sentiasa istiqomah kak..aamin
BalasPadamteruskan untuk istiqomahh.. inshaAllah. sama2lah kita.. amin.
BalasPadamnak istiqomah dlm kebaikan mmg susah, apa pun doa sgt ptg smg Allah beri kita ketatapan mbuat perkara yg baik berterusan...
BalasPadam