بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum♡
BILA TIBA WAKTUNYA || Setiap waktu sangat berharga.Sangat bermakna dan sangat mencipta kenangan.Berlalu namun memorinya tercatat padu.Di jiwa dan minda.Jangan pernah lupa dicatatan Malaikat juga.Ada yang mungkin terpadam kerana taubat.Tidak mustahil bertambah kerana khilaf.
Bila tiba waktunya ..
Bila tiba waktunya ..
Google image
LAKSANAKAN.Solat,puasa dan melunaskan tuntutan rukun Islam dan rukun Iman sepenuh dan sesempurnanya.Tugas kita sebagai makhluk bergelar manusia yang bersyariat.Cukup umur,baik buruk dapat dibezakan .. sempurna akal .. ya,sila lunasi apa wajarnya.Saat semua sudah tergalas pada diri sendiri,pandai-pandailah mengemudi hati biar selari dengan apa yang DIA ingini.
MENCARI HALUAN MASING-MASING.Seiring sejalan .. seia sekata .. kau aku adalah kita .. itu di dunia.Ketawa bersama menangis bersama .. Doa yang tidak lekang untuk bertemu dan bersama bukan sekadar di dunia .. malahan harapannya hingga ke syurga NYA juga.Namun sebelum perhitungan yang paling terakhir nanti .. ibu ayah,isteri suami,anak-anak,adik-beradik,sahabat akan mencari haluan masing-masing untuk menyelamatkan dan membela diri sendiri.Kau..kau,aku..aku.Moga laluan kita tidak dihalang dan laluan orang tidak kita halangi.
NEGATIF SEKADAR DI DUNIA.Bila tiba waktunya nanti banyak yang negatif menjadi sekadar di dunia tidak di syurga.Untuk menanti saat itu,bersabarlah dan teguhkan iman sepadunya.Ganjaran luar biasa untuk insan-insan yang taat dan istiqhomah dalam kebaikkan.
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
Tags:
Santai
thanks ingatan PC
BalasPadamSama2 :)
PadamPeringatan yg baik untuk semua
BalasPadamLagi peringatan yg baik buat semua.. subhanallah.. semoga kita semua tergolong dikalangan org2 yg positif dan cemerlang di dunia juga akhirat... aamiin ya Rabbalalaamiin.
BalasPadamNegatif sekadar di dunia. Benar kak PC. Terima kasih atas post ni. Salam Jumaat kak :)
BalasPadam