Menjawab

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡


MENJAWAB || Cukup pantang kalau waktu orang tua-tua sibuk bersembang atau sedang berbincang ada budak-budak datang menyampuk.Itu dulu.Dan PC sendiri pun lalui .. jangan cuba-cubalah nak duduk sengeh-sengeh*senyum-senyum* tergedik-gedik pasang telinga .. kalau tak kena jeling dan birat lengan kena cubit .. besar nikmat la tu.Huhu.. Sabo jelah.

Dan .. sekarang

Menjawab
Google image 

SEIRING WAKTU.Berani menjawab.Berani bertindak.Berani buat keputusan dan yang paling merisaukan berani melawan kata dan nasihat.Generasi Y.Bukan semua Gen Y ini negatif ya namun sebahagian besarnya adakala sedikit keterlaluan ketika bertindak dan berbicara.Cabaran bagi yang dewasa untuk  melentur dan meng"acuan"kan.Jadilah contoh yang paling terbaik untuk mereka.In shaa Allah boleh.


Jahat.Dengar sahaja pun sudah menggerunkan dan mendatangkan pandangan hitam.Serba serbi yang terburuk.Pelbagai spekulasi timbul.Ada ketika andaian demi andaian lebih mendahulu sebelum kesalahan itu terbukti.SubhanaAllah.Percayalah tiada yang lahir untuk menjadi jahat.Tiada yang mahu untuk berada di sisi yang malap dan gelap.Tiada juga yang mahu melakar dan mewarna perjalanan hidupnya dengan aib yang memberat.YAKIN semua bersebab.

KUNCI MULUT.Binasa badan kerana lisan dan makanan.Kedua-duanya susah nak dibendung.Susah nak dilentur kerana kedua-duanya ada keasyikkan yang tersendiri.Syokkan bercakap ..syok juga makan*tak ngata orang ni ngata diri sendiri*.Menjawab itu perlu.Sangat perlu bila kena pada tempatnya.Kunci mulut juga satu penyelesaian seandainya keadaan bertepatan.Jangan "asbol" asal boleh .. takut-takut lepas di dunia sangkut di akhirat.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

16 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. menjawab memang tak bagus, tapi perasaan dipendam pun tak bagus.ramai anak-anak dingin dengan ibu bapa sebab masing2 tak nak luahkan apa yg sebenarnya terbuku

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...cakap atau luah elok-elok..bila ibu ayah cakap,bagi nasihat atau marah,diam...dengar..keadaan dah tenang duduk sama-sama bincang..

      Padam
  2. Budak2 sekarang memang dididik supaya berani bercakap dan meluahkan pendapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Pakcik..kalau saluran dan caranya betul...lantang bersuara dan beri pendapatnya pun membina in shaa Allah.

      Padam
  3. itulah cabaran kepada ibu bapa sekarang ini..

    mendidik anak supaya hormat dengan orang tua dan hidup sesuai dengan perkembangan semasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..membina intelektual dan akhlak yang terbaik dan seiring.

      Padam
  4. Huhuuu selalu gak menyampuk bila mak dan ayah berborak. Kihkihhhh kekdng saja nak menyakat.
    Apapun, apa yg kita buat pastikan kena pada tempat dan masa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bergurau dan sama2 tak kisah aparah lagi sudah biasa tidak menjadi masalah....

      Padam
  5. Susah juga nak kawal bebudak zaman sekarang nih, haishhhh !
    Semoga semua diberkatiNYA....

    BalasPadam
  6. Remaja zaman skrg beza dgn zaman kita dulu. (rasa mcm dah tua sgt pula :)) remaja dulu memberontak mcm mana pun ptg atau mlm mesti blk rumah semula. Jahat mcm mana pun kalau berjauhan dgn family hati boleh jadi sedih. Remaja skrg lebih advance dr kita. Takut di buatnya.

    BalasPadam
  7. Ini Yang mama sedang ajar Syafi sekrg ntah kenapa org sibuk bercakap dia pun nak berckp juga

    BalasPadam
  8. akak dl mmg takut nak menjawab.... betul ke salah diam saja.... sampai sekarang pun takut. hehehe.... hanya pendam dan doa. tp ada rahmatnya setiap apa yg dipendam itu Allah dgr dan Allah salurkan sendiri kepada alatNya bg jawab utk kita.... hebatnya Allah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama