بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum ♡
SERAHKAN BETUL-BETUL ~ Bab serah menyerah bukan mudah.Bila sebut serah ni terus terlintas majlis akad nikah.Kalau di Negeri Johor *negeri lain PC tak pasti* ada lafaz Sakinah yang melibatkan mempelai dengan kedua ibu bapa pihak isteri.Masa nilah masing-masing emosi.PC sendiri alhamdulillah telah melalui .. ianya tidak dan bukan mudah.Janji dengan diri.Janji dengan suami.Janji dengan babah mama.Paling berat janji dengan Ilahi.Jujur,menjadi isteri dan anak dalam waktu yang sama tidak mudah.Justeru bila ada yang bertanya perkahwinan itu apa..
Perkahwinan itu perkongsian .. perjuangan yang bukan calang-calang ..
Rasa waswas kadang datang tiba-tiba.Berbelah bahagi.50-50.Lebih-lebih lagi bila niat untuk buat perkara baik sudah di set dengan cantik sedari awal.Macam ada sahaja yang datang menghasut,berbisik ditelinga.Bila begitu situasinya tidak mustahil niat yang awalnya mantap terus lenyap.Mungkin dengan melakukan secara spontan ianya dapat membantu.Tekad dalam hati.Serahkan betul-betul padaNYA. Segala hasutan baik nyata atau sebaliknya tendang jauh-jauh.Istighfar.
Sedikit menjadi rebutan.Banyak menghanyutkan.Namun tidak semua bersikap tamak dan cintakan harta dunia.Ada juga yang sederhana sahaja.Sentiasa.Harta.Bahaya.Bahagia yang telah tiada andai kerana harta yang ditinggalkan mengeratkan waris .. tapi berjaga-jaga .. menderitalah yang di alam sana andai kerana harta waris yang ditinggalkan menjadi porak peranda.Lebih parah memutuskan silaturahim antara mereka.Allahu.Moga dijauhkan.Justeru bagaimana?!? .. rujuk pada yang selayaknya.Selesaikan dengan musyawarah seiring apa yang telah digariskan.
Google image
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
Tags:
Santai
semoga kita jaga hbungan silaturrahim
BalasPadamDekat tempat kak ana takde lafaz sakinah tu. Bagus juga di lakukan supaya kita teringat dan terikat dengan janji yang dibuat. Pelihara hubungan dengan sebaik mungkin kerana Allah Taala.
BalasPadamsemoga kita mendapat keberkatannya
BalasPadamRasa sebak bila baca lafaz sakinah tu
BalasPadamkalau kita ada niat baik mmg selalu akan dtg was2 tu.. hmm. kita mmg slalu mcm tu kan. smoga kita dijauhkan.
BalasPadamTanggungjawab dan amanah dalam perkahwinan ni sama-sama penting untuk suami dan isteri...
BalasPadam