بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum ♡
SUDAH-SUDAH LA MENDONGAK ~ Daripada Anas RA bahawasanya dia berjalan melintasi beberapa orang kanak-kanak lalu dia memberi salam kepada mereka dan katanya, Nabi SAW sentiasa berbuat demikian.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Tidak letih ke mendongak
Segeralah letih sebelum apa yang dicatat berbahang tidak tercongak
Mendongak cukup sesekali untuk melihat
Bukan untuk menginjak-injak sehingga lumat
Setegar mana mendongak
Dirimu tetap di bawah
Kakimu tetapnya di bumi
Segeralah letih
Sudah-sudah la mendongak
Takut diri terpuji di bumi tapi terlaknat dari kerajaan di atas tertinggi
Mungkin hari ini dirimu dihormati
Belum tentu itu tanda disukai
Siapa tahu ada rasa benci yang terpendam disudut hati
Letihlah
Mati menghampiri
Hiduplah setelah kematian dengan kisah-kisah murni
Mendongak lagi
Apa sebenarnya dicari
Tidak puas dengan apa dimiliki
Owh jangan dilupa kain kafanmu juga sedang satu persatu benangnya dijalini
Mendongak lagi
Silakan seberapa lama yang dimahukan
Tapi cukup untuk memohon keampunan
Merayu-rayu pinta pertolongan
Memohon kasih sayang Tuhan
Menitiskan air mata kehambaan
Mendongaklah kerana bermunajat kepada Tuhan
Mendongak hidup berTUHAN bukan mengambilalih tugas TUHAN
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
Pada pendapat akak menunduk lagi baik daripada mendongak...
BalasPadamMendongak tak nampak apa yang ada di bawah.. Mendongak ni lebih kepada sifat sombong dan angkuh.. Semoga kita dijauhkan sifat begini..
BalasPadamnice sharing PC
BalasPadamThank kak PC sebab reminder ni, kalau selalu mendongak lama-lama menyembah bumi juga
BalasPadam