Terima Kasih PEMBERI Rasa

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡

TERIMA KASIH PEMBERI RASA ..

Alhamdulillah ..
Sekadar mana rasa mensyukuri
Sekadar diseulas bibir
 atau meresap ke jiwa yang tidak kontang dengan zikir

Siapa pun diri hari ini ..

Wahai Suami .. Wahai Isteri ..
Pernah syukuri setiap rasa yang diberi
Sudah dalami hati nurani
Tanya diri
Bagaimana dengan mengenali PEMBERI rasa dihati

Aduhai Anak ..
Di mana saat ini
Kasih dan perhatian ibu ayahmu jadikan azimat
Hakikat ..
Tidak banyak yang mereka minta untuk dapat
Cukup menjadi anak yang taat
Beringat-ingat

Terima kasih PEMBERI rasa ..
Nikmat luar biasa
Dengan rasa menyatu jiwa
Dengan rasa belas ihsan bercambah jua
Dengan rasa impian terlaksana
Dengan rasa hamba meratap sujud mendekati PENCIPTA 

Moga hamba tidak menjadi penderhaka
Tamak dunia cinta dunia lebih dari mencintai PEMILIKNYA

Terima Kasih PEMBERI Rasa
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Salam singgah...
    terima kasih sbb sudi singgah blog nieyl slalu...♥

    BalasPadam
  2. Mudah2an kita menerima 'rasa' yang baik2 sahaja.

    BalasPadam
  3. hebatnya sajak ni... (eh sajak ke? sory kalau tersalah terms.. hehe)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah atas segala rezeki dan nikmat yg diberi. Semoga dengan nikmat dan rezeki tu menjadikan kita semakin dekat dgn Maha Pemberi.

    BalasPadam
  5. Allhamdulillah.... terima kasih atas teguran, agar dapat diri ini merasa sentiasa yang PEMBERI rasa sampaikan... :)

    BalasPadam
  6. Semoga kita sentiasa tergolong dikalangan hambaNYA yg sentiasa mensyukuri nikmat... aamiin.

    BalasPadam
  7. Alhamdullilah atas semua rezeki dan nikmat yang diberi. Semoga kita sentiasa bersyukur atas semuanya.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama