بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum♡
WARNA LANGIT ~ Ada macam-macam kaedah digunakan untuk mengenal peribadi seseorang.Secara psikologi.Penilaian mengikut tarikh lahir.Kedudukan tahi lalat.Bentuk muka.Angka kegemaran.Tidak ketinggalan juga warna yang disukai.Kalau kita tidak memilih warna sekalipun,sebenarnya hidup kita ni sememangnya penuh dengan warna warni.Kita suka mungkin satu atau dua warna dan kita menginginkan warna tersebut menceriakan hari-hari kita .. melambangkan identiti dan perwatakan ataupun personaliti .. sedang Allah SWT mengizinkan warna yang lebih hebat,maka nikmatilah.Syukurilah.
Di tengah-tengah.Boleh jadi juga di atas pagar.Biar sudah yakin mana sebenarnya jalan dan lorongnya terkadang rasa-rasa itu membinasa.Tewas dengan kehendak justeru hakikat ditolak bisu dan lesu.Kembalilah kepada apa yang disyarat dan disyariatkan.Tinggalkan naluri yang membinasa.Terima hakikat diri apa adanya kerana itu juga tanda hamba yang tahu mensyukuri.Senja itu diantara siang dan malam.Namun senja tidak pernah ingkar dengan arahan Yang Maha Besar.Terus berputar mengikut kitarnya pada orbitnya.
Google image

Hidup tidak sentiasanya indah dan mudah.Kenapa?GELAP(kesukaran dan kesempitan) itu adakala buat kita hamba lebih mendekat dan merapat erat.Mungkin bukan pada jasad tapi pada jiwa yang sedang lara dan melarat.Malam.Gelap namun bias sang rembulan dan bintang menyuluh alam.Malam sepi namun sang unggas ada yang riang bernyanyi.Malam sedang ada yang asyik menyulam mimpi,ada juga yang gigih mencari rezeki.Gelap malam ada yang merasakannya pekat tidak kurang yang merasakan cukup terang.
Siang.Terang.Bima sakti bertugas kembali.Adakala awan berespresi.Menangis yang sukar dimengerti.Meluah rasa yang tersembunyi.Namun detik itu berdoalah kerana ianya menjadi lorong luas agar doa-doa di angkat ke langit tinggi.Sesekali gerimis berserta pelangi menghiasi.Tetapi jangan hairan andai masih ada yang terkurung dalam kegelapan,meraba-raba dalam kesamaran buka di penglihatan mata tapi dipandangan hati.
Langit terbentang luas..warna langit itu sebenarnya sangat dekat dengan ceritera kehidupan makhluk..
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi

Tags:
Santai
semoga doa kita semua dimakbulkan Allah s.w.t =)
BalasPadamwarna langit semasa senja sangat mendamaikan
BalasPadamCiptaan Allah semuanya sangat sempurna. Tak kan ada satu kecacatan pun yg kita akan jumpa. Semua yg dicipta mempunyai tujuan utk manusia bermuhasabah. A
BalasPadamIndahnya ciptaan Allah subhanallah
BalasPadamJangan pernah penat berdoa pd Allah kan. Smga baik2 je utk kita semua
BalasPadamsangat indah ciptaanNYA. cantik warna langitt tu
BalasPadamKalau dapat tengok matahari tenggelam di pantai memang memgasyikkan...
BalasPadamSeluas langit di angkasa, seluas itu juga perjalanan hidup kita dulu, kini dan akan datang. Warna-warni dalam kehidupan memberikan satu kisah sejarah hidup kita sebagai manusia di muka bumi ini. Betapa uniknya ciptaan Tuhan ini kan kak PC. Berusaha, berdoa, bertawakal dan bersyukur kepada Allah SWT adalah kunci kepada keseimbangan kehidupan di dunia dan di akhirat selain kita mengamalkan segala apa yang diperintah dan menginggalkan apa yang dilarangNya.
BalasPadam* meninggalkan - typo error. huhu.
PadamLangit yang luas terbentang, berwarna warni di kala siang, gelap pekat di kala malam.
BalasPadamMahunya hati kita sentiasa terang tak kira siang atau malam.
Ciptaan llahi adalah nikmat utk kita syukuri dan peringatan utk kita mengenal kekuasaanNya... Allahuakbar.
BalasPadamSemua ciptaan Allah indah. Siqah suka sangat dengan warna langit yang pelbagai warna hari-hari.
BalasPadam