Hanya Disaat-saat Tertentu

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 


HANYA DISAAT-SAAT TERTENTU ~ Syukur.Hal besar jangan pernah dilalaikan .. diantara banyak hal-hal besar yang lain adalah  jangan lupa mensyukuri nikmat pinjaman daripadaNYA.Memasuki bulan kedua terakhir di tahun 2017.Alhamdulillah.

Tahun .. bulan .. minggu .. hari .. selagi diizin selagi itu kita akan tempuhi yang pasti dalam suasana dan cerita yang berbeza.Pengalaman yang dilalui moga menjadi garis dan pandu arah.Hargai.Nikmati.Selami.Fahami.

Hanya Disaat-saat Tertentu
Google image 

Memahami itu perlu.Sangat-sangat perlu sebenarnya.Bagi PC memahami ini seperti tulang belakang yang sentiasa menyokong.Kita pasti tersangat sedih di saat kita perlukan pengertian daripada orang tetapi orang tidak mahu memahami.Kita pasti rasa sangat terburuk bila kita harapkan sokongan dan dorongan sedang orang terus meludah dan berlaku sinis.Ada saat-saat tertentu kita sangat memerlukan serta diperlukan,,dan ada saat-saat tertentu kita wajar menjarak.

Perbezaan itu adakala mampu menyatukan.Tidak menjadi satu hal yang aneh juga kerana perbezaan membuat keadaan huru hara dan mencetuskan pertelingkahan.Apa yang kita usahakan dan berdoa juga menjadi penyumbang dan berperanan penting sebagai penyokong yang ampuh.Tidak suka jangan sentiasa..suka jangan pula terlalu..di saat-saat tertentu bila kewarasan akal dan iman tidak mahu menyatu..titik tiada sefahaman akan berlaku.Justeru saling menjaga dan berjaga-jagalah.

Keampuhan bermula daripada dalam diri.Apa yang kita lisankan dan tindakkan yang bagaimana dilakukan.Akan ada yang sentiasa mendengar,melihat dan mencatat.Akan ada juga yang mendengar,melihat dan mengingat apa yang kita lisankan.Ada yang tidak kisah dengan gurauan kasar tidak kurang yang terkesan hingga ke tulang.Ada yang tidak kisah untuk kita bertandang ke rmahnya dan ada sebaliknya.Sebaiknya bijaklah memilih situasi untuk melontarkan kata-kata dan bertindak biarpun berniat baik..ambil masa untuk "scan" persekitaran kita untuk mengekalkan aura yang baik.InsyaAllah.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. "Syukur.Hal besar jangan pernah dilalaikan" - setuju. Lagi banyak kita bersyukur lagi banyak Allah memberi. InsyaAllah.

    Perbezaan itu perlu. Kalau sama je semua bosan juga. Perbezaan tu boleh jadi pelengkap sesama manusia di dunia ni.

    BalasPadam
  2. Hidup ini sangat kompleks. Apa yang mampu kita lakukan kita berdoa kepada Allah SWT agar permudahkanlah perjalanan kehidupan kita seharian agar terhindar daripada situasi yang tidak menyenangkan. InsyaAllah. Aamin. :)

    BalasPadam
  3. dah nak hujung tahun...tapi saya masih tercari-cari arah dalam hidup ni =(

    BalasPadam
  4. Setuju.. kebetulan terdengar tazkirah ringkas zohor masa singgah di satu masjid tadi. Syukur adalah resepi dan kunci kejayaan sebenar. Dgn bersyukur Allah kurniakan bnyk lagi kl tidak di sini, simpanan di sana pasti.. bersyukur dan ikhlaskan diri atas segala yg telah diusahakan.. subhanallah.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama