Ikatlah Dengan Niat

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 


IKATLAH DENGAN NIAT ~ Penting sangatkah niat? .. bagi PC secara peribadi tersangatlah penting.Penting tak acuan untuk kita bakar atau kukus kek.Pentingkan.Begitu juga niat yang menjadi satu titik permulaan sebelum disambung ke titik lain menjadi apa yang kita mahukan.Sebuah istana yang gah mewah dan tersergam indah dibina daripada sebiji bata yang disusun.

Niat itu di dalam hati.Hati yang berbicara.Berbisik kepada telinga.Tersembunyi.Hanya diri yang mengetahui.Selain Allah SWT dan kerajaanNya yang turut mendengari.Orang lain tidak tahu pun saat hati mula berniat.Mengapa.Untuk apa.Bagaimana.Sehinggalah diterjemah dengan reaksi yang dirasakan sewajarnya.

Terbangun satu perbuatan atau tindakkan itu dengan niat.Berniatlah yang baik-baik agar kita menjadi insan yang akan berfikir berulang kali untuk melakukan perkara-perkara yang hitam●°•○PerduCINTA○•°●

Niat yang baik baru sekadar niat..tercatat ganjaran..niat yang buruk hanya tercatat buruknya setelah melakukan.Allahu.Allah dah bantu.Mengapa tidak kita bantu juga diri sendiri.Ikatlah hati kita dengan niat yang putih dan jernih keranaNYA supaya ianya menjadi sempadan agar diri terhindar noda dan dosa..berselisih dengan khilaf yang melata..ingat..niat tidak pernah menghalalkan cara..tetapi cara akan terdorong bagaimana niat yang disemai.

Ikatlah dengan niat

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Ya PC, ikatlah setiap perbuatan dengan niat yang baik, niat hanya kita dengan Allah swt sahaja yang mengetahuinya, waallahu a'lam

    BalasPadam
  2. Betul tu, niat yang baik pun sudah dicatat sebagai pahala dari Allah..

    BalasPadam
  3. Pemurahnya Allah kan. Niat perkara baik je dh dapat pahala. Apa lagi kalau kita laksanakan niat tersebut. Niat penting dlm membentuk diri kita juga.

    BalasPadam
  4. Niat ibarat acuan kek yang kita nak masak. Perumpamaan yang sangat bagus dan jelas kak PC. GV tak pernah terfikir pun pasal hal ini. Terbaik kak PC. :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama