بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum ♡
JADILAH YANG PALING HARUM ..
Bunga teratai kembang setasik
Sampan didayung terkuaklah ia
Usahakanlah mana yang terbaik
Manisnya akan mendekati kita
Manisnya akan mendekati kita
Nikmat luar biasa sukar diungkap
Berbuat baik tiada tanda arasnya
Banyakkan berkebajikkan daripada bercakap
Banyakkan berkebajikkan daripada bercakap
Niat kerana Allah itu paling perlu
Berbuat baik juga pastikan cekap
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
JADILAH YANG PALING HARUM ..
Google image
Bunga teratai kembang setasik
Sampan didayung terkuaklah ia
Usahakanlah mana yang terbaik
Manisnya akan mendekati kita
Manisnya akan mendekati kita
Nikmat luar biasa sukar diungkap
Berbuat baik tiada tanda arasnya
Banyakkan berkebajikkan daripada bercakap
Banyakkan berkebajikkan daripada bercakap
Niat kerana Allah itu paling perlu
Berbuat baik juga pastikan cekap
Kanan memberi kiri tidak tahu
Kanan memberi kiri tidak tahu
Bukan berahsia sekadar membumi
Tidak penting kerajaan di bumi tahu
Asal kerajaan dilangit semua mengagumi
Asal kerajaan dilangit semua mengagumi
Berhasil usaha sepanjangnya usia
Moga malaikat sentiasa mendampingi
Berbahagialah menjadi penghuni syurga
Berbahagialah menjadi penghuni syurga
Bergembira bersama para bidadari
Antara singgahsana yang didamba-damba
Yakin Allah tidak memungkiri janji
Yakin Allah tidak memungkiri janji
Jasad di bumi harumnya melangit
Tanda terbaik insan berbudi
Sentiasa dinanti-nantikan makhluk dilangit
#sama-sama mencari redha Ilahi
Tags:
Pantun
kanan memberi,kiri tidak tahu antara kuncinya ikhlas =)
BalasPadamKreatifnya PC pantun yang sangat puitis.
BalasPadamHarum mewangi pasti disukai ramai.
Allahu Akbar. Berbahagialah insan2 yg menjadi dambaan makhluk di langit. Insan2 ni insan yg melebihi akhirat dr segalanya. Kita? Tepuk dada tanya iman. :(
BalasPadamSubhanallah... moga kita semua tergolong dikalangan org2 yg harum dan berjiwa bersih... aamiin.
BalasPadamWowww... pantun empat kerat ending ayat sambung menyambung tanpa henti. Hebat kak PC. GV suka. Terbaiklah kak. Semoga kita semua tergolong di kalangan orang yang paling harum sekali di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah. Aamin. :)
BalasPadam