بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum ♡
KEPAH BERLADA ~ Sefood.Wow lagi-lagi tomyam seafood kan..antara menu yang menjadi kegemaran.Bagi yang gemar dan tiada alahan pada seafood bersyukurlah..nikmati namun berpada-pada kerana sederhana itu lebih baik.Sayangi tubuh badan sendiri.Jangan tayang-tayang pada kawan-kawan,adik beradik atau sesiapa sahaja yang alah bila makan seafood.Itu bahagian mereka dan banyak lagi yang boleh mereka nikmati...😀
Kerang,siput sedut,kupang agak mudah di dapati berbanding lala,mentarang,kepah..ada tetapi agak mahal...mahal sebenarnya..bila permintaan tinggi...penawaran kurang..begitulah lazimnya..kepah?..hehehe...En Suami and the geng mencari kepah,,alhamdulillah berezki..maka PC pun mandikan kepah tu bersih-bersih lagi wangi-wangi *ok ni tipu...basuh bersih-bersih buang pasir je*.. sebelum masak,rendam sekejap kepah tu ya..
KEPAH BERLADA
Bahan-bahan
BAHAN A
*Cili kering (ikut citarasa..nak pedas lebihkan ya)
*2 Biji bawang merah besar
*3 Biji bawang putih
*1/2 inci halia
*1 biji kunyit hidup
(Semua bahan * dikisar halus)
2 Batang Serai (di ketuk)
Minyak masak untuk menumis
Garam
Serbuk perisa
Gula pasir
BAHAN B
Kepah
Cara-cara
Panaskan minyak 》masukkan 2 batang serai yang diketuk 》masukkan semua bahan yang telah dikisar halus (kacau hingga pecah minyak) 》tambah garam 》serbuk perisa (pilihan) 》sedikit gula pasir 》masukkan kepah
Masak hingga kepah terbuka..rasa kemudian tambah mana yang kurang dan patut ya...
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
Wah sedapnya. Dah lama tak makan.
BalasPadamsedapnya...
BalasPadamSedapnya kepah berlada. Selalu makan dalam tomyam tu je.
BalasPadamsedap keliharannya..
BalasPadamLagi pedas laaagi sedap
BalasPadamGV pun tak makan seafood sebab ada masalah alergik. Cmner pun, mmg nampak sedap kak PC masak. Terbaik. :D
BalasPadam