Kesempatan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


KESEMPATAN ~ Tempoh tarikh .. jangka masa.Bagaimana pengisiannya.Sudah tentu lain orang lain cara dan rentaknya.Ada diusahakan sedari awal waktu hujungnya sia-sia .. tidak kurang yang di saat-saat akhir berpeluh mengusahakan dan berjaya.Kedua-duanya ujian.Awak gagal sebenarnya kejayaan awak sedang Allah SWT tangguh.Awak berjaya,Allah SWT mahu lihat siapa diri awak sebenarnya..angkuhkah atau hidup dengan kerendahan hati.

Takdir yang berbeza.PC sentiasa percaya setiap kita individu ada buku takdir masing-masing.Ada jalan hidup tersendiri.Siapa,apa dan bagaimana yang tercatat hanya DIA yang lebih mengetahui sedari awal lagi.Nasib..bertuah ke..atau dianggap malang itu cuma anggapan dan pandangan sesama kita.Owh awak sangat bertuah..bila?..bila dia miliki apa yang tidak kita miliki.Owh awak malang..bila?..bila kita miliki sedang dia tiada sepertinya kita..

Sepanjang tempoh usia yang dilalui ada episod dan kisah yang tersendiri.Sesuatu yang suka atau tidak..berat atau ringan mesti dilalui.Apa yang nyata terselit banyak kesempatan yang boleh di manfaatkan seperti yang diri hajati dan juga apa yang Allah SWT berkehendakkan.


Kesempatan itu sebenarnya peluang.Di guna sebaiknya...atau dibiar berlalu dengan sia-sia..terserah pada diri sendiri..ada kesempatan yang datang berkali-kali..ada juga mungkin hanya itu sekadar sekali..-PerduCINTA -
Kesempatan
Google image 
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

11 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. jika diberikan kesempatan/peluang , kita akan cuba buat yg terbaik kn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju..banyak yang hendak PC perbetulkan dan perbaiki😊

      Padam
  2. Semoga kesempatan yang diberi dimanfaatkan sebaik-baiknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..yang lepas biarkan..yang kehadapan hika diberi waktu..manfaatkan 😁

      Padam
  3. Tuah atau sebaliknya semua istilah manusia sedangkan semua tu qada qadar Allah. Terima dengan hati terbuka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak Ana..DIA telah merencana yang terbsik buat kita sedari awalmya😁

      Padam
  4. Fiefi setuju..kesempatan itu peluang.

    jadi guna/fikir kesempatan/peluang itu sebaiknya.

    PC, fiefi ada tag PC kat sini http://blogfiefi.blogspot.my/2017/11/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...gunakan kesempatan dan peluang yg ada sebaiknya...
      Terima kasih tag PC ya😁

      Padam
  5. Betul kak PC. Setiap kita ada buku takdir masing-masing. GV berdoa semoga kita semua dapat masuk syurga Allah SWT. InsyaAllah. Aamin. :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama