بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum ♡
BERPOTENSI JADI PENYUMBANG ~ Penyumbang? .. ya penyumbang.Pemberi,baik sengaja atau tidak sengaja..bersyarat atau tanpa syarat..apa yang diberi itu boleh jadi sedekah,hadiah atau rasuah dan boleh juga mendaftarkan kita pada laluan panas berbara atau harum dan indah luar biasa.Kembali dan semak semula niat bagaimana.
KREDIT IMEJ : GOOGLE
Jadilah sebaik-baik penyumbang.Sembunyikan daripada pengetahuan si tangan kiri..Jangan pernah sangsi kerana malaikat sentiasa mencatat tidak pernah berhenti.Tuhan juga memerhati.
Sedikit atau banyak .. besar atau kecil apa yang disumbangkan asal dari keikhlasan hati,percayalah kebaikkannya akan kembali nanti.Tidak di dunia,ia akan menjadi saksi membentengi di akhirat nanti.Sabar.Ya sabar.Ada yang Allah SWT kembalikan ganjaran dengan kadar segera..ada juga yang ditangguh sementara.
Semua orang berpotensi jadi penyumbang.Walau hanya sebagai penyumbang doa.Besar pengaruh doa.Dalam doa yang terkandung banyak permintaan dan dalam permintaan itu kita tidak pernah tahu Allah SWT terima dan kabulkan disertai dengan cara yang luar jangka.Justeru jangan memandang kecil pada bantuan doa.
Emosi dan akal kita tidak sentiasa stabil..adakala pasti terganggu dan terhasut oleh permainan syaitan dan iblis.Justeru ada ketikanya kita bertindak dan berbicara apa tidak sepatutnya.Oleh itu,berhati-hatilah terutama bila setiap hari kita beraktiviti bersama orang ramai waima sekadar dengan keluarga sendiri pun..ia berpotensi jadi penyumbang aura yang kurang baik.
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
Tags:
Santai
Sedikit atau banyak yang kita sumbangkan biarlah ikhlas.
BalasPadamIkhlas itu yang Allah SWT pandang...
PadamTangan yg memberi lebih baik dr tangan yg menerima. Kadang lebih baik sembunyi apa yg disumbang dan kadang perlu utk dinyatakan utk kebaikan bersama.
BalasPadamBetul kak...ikut kesesuaian..dan bijak kawal hati dalam memberi jika mahu dinyatakan..
PadamMama.setuju. pemyumbang dari segala segi bukannhanya pada harta Dan Wang ringgit saja
BalasPadamBetul mama,namun sayang ada yang beranggapan bukan dikira menyumbang kalau sumbangan itu bukan kebendaan..
PadamBila boleh kawal hingga tgn kiri tidak tahu insyaAllah kita boleh kawal hati dari rasa riak dalam memberi.
BalasPadamWkmsalam.
BalasPadamSumbangkanlah yang baik2, biar bermanfaat.
Jangan menyumbang ke arah keburukan yang membawa kehancuran.
Setuju.. sentiasalah kita berusaha menjadi penyumbang ke arah kebaikan, bukan menyuburkan kemungkaran dan keburukan.
BalasPadamSetuju kak PC. Penyumbang ini samada bersedekah atau membuat baik kepada manusia dan juga makhluk Allah SWT yang lain. Semoga kita semua dikurniakan pahala dan kenikmatan syurga di akhirat nanti. InsyaAllah. Aamin. :)
BalasPadam