Boleh Sahaja Diusahakan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 


BOLEH SAHAJA DIUSAHAKAN ~ Sesekali atau mungkin kerap kali rasa berputus asa itu singgah di benak dan jiwa.Tidak menafi .. ya acapkali rasa berputus asa itu tidak langsung terkecuali mendekati PC.Rasa itu cabaran untuk melemahkan.Kuncinya,jangan berhenti berusaha.Lawan .. lawan .. lawan.Rasa berputus asa ini sentiasa mengikut rapat pada setiap inci usaha yang dibangunkan.


BOLEH SAHAJA DIUSAHAKAN

Tiada usaha .. tiada rasa berputus asa..

Pemacu untuk mencapai sasaran itu banyak.Sokongan.Doa.Semangat.Redha dan izinNYA itu yang paling pertama lagi utama.Sebarang hajat boleh sahaja diusahakan.Asal bersungguh.Tolak tepi pada suara-suara yang meruntuh dan melebur sebaliknya kenal pasti di mana kelebihan dan kekuatan pada diri.

Menuntut ilmu .. Gilap bakat dan kemahiran .. Kesihatan .. Zuriat .. Jodoh .. Rezeki insyaAllah ini antara daripada banyak perkara yang boleh sahaja diusahakan.Biar ada antaranya telah Allah SWT sedari awal mentakdirkannya namun setiap usaha hamba tidak pernah Allah SWT pandang sia-sia dan dicampak ke tepi.Satu yang perlu diambil perhatian .. pada penghujungnya tetap serah dan yakini kehendakNya.

Keinginan yang salah tetap salah selagi ianya tidak selari dengan apa yang telah termaktub.Istilah "takdir" itu diperhalusi pengertiannya,jangan dijadikan alasan untuk membela diri.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Semoga kita tidak akan mudah untuk patah semangat ^^

    BalasPadam
  2. Betul tu yang patah yang hilang kan berganti.. Moga tak mudah lentur semangat..

    BalasPadam
  3. Usaha tangga kejayaan. Jgn mudah putus asa. Baik dr segi menuntut ilmu, bekerja, keinginan utk mendapat jodoh atau zuriat. Doa dahulu kemudian usaha dan tawakal.

    BalasPadam
  4. Kegagalan itu adalah pengajaran dan pengalaman.
    Bukan untuk berputus harapan.

    BalasPadam
  5. Nice sharing..
    Mmbaca nukilan yg positif utk naikkan kembali semangat yg hilang huhuhu

    Saya baru kemalangan..
    Macam macam perasaan ada

    BalasPadam
  6. SENTIASA KUATKAN SEMANGAT SELAGI ALLAH IZIN KITA HIDUP

    BalasPadam
  7. Teringat kata2 seorang ustaz.. usaha itu satu ibadah, usaha memberi pahala sebelum kejayaan diperolehi. Usaha juga beroleh pahala walaupun apa yg diusahakan itu tidak berjaya... usaha itu satu berkah yg membawa ke akhirat... subhanallah..

    BalasPadam
  8. Usaha tangga kejayaan. GV setuju kak GV. :D

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama