بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum ♡
MAHU TIDAK MAHU .. MESTI! ~ Dipilih.Tuhan pilih saya,awak,mereka dan kita semua untuk hidup di dalam rahim sang ibunda.Satu usaha.Membuahkan hasil yang dipertanggungjawabkan kepada suami isteri menggalas peranan sebagai ibu bapa.Pilihan terbuka luas bagaimana cara masing-masing mengukir,melukis,mencorak dan mewarnai agar menjadi indah zahiriah juga batiniah pada si anak.Mahu tidak mahu .. kombinasi antara ketegasan dan toleransi kita hadapi dan lalui.
Tidak selamanya menjadi si bayi yang comel.Tumbuh menjadi kanak-kanak,kemudian remaja seterusnya dewasa dan tua."Step by step" .. fasa yang Allah pinjamkan untuk kita nikmati,kenang dan belajar.Tidak semua menikmati.Syukuri atas izin kerana dengan apa yang kita harungi hingga hari ini itu bermakna banyak nikmat telah dirasai.Alhamdulillah😊..Teruskan berjuang.
Berubah menuju perubahan.Berubah bukan hal mudah.Bukan macam duduk bersila depan televisyen sambil makan kerepek ubi pedas..huhahuha pedas minum air..hilang pedas eh..ngunyah lagi😅Berubah menuju perubahan mahu tidak mahu .. mesti! .. mesti lakukan sesuai dengan tuntutan dan kewajaran.Ingat,ikut rasional pada hukum bukan pada keinginan sendiri.Andai keinginan diri dan hukum itu selaras..silakanlah.
Ibu bapa kita boleh menjadi cermin untuk kita .. pasangan kita,suami atau isteri boleh saling menjadi cermin .. insan-insan yang benar-benar tulus bersahabat dengan kita juga boleh menjadi cermin juga..bagaimana?..minta pandangan mereka..minta nasihat daripada mereka dan mahu tidak mahu .. mesti ambil tahu setiap apa yang diperkatakan.
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
Tags:
Santai
insyaAllah mesti boleh
BalasPadam😊 insyaAllah boleh...amin.
PadamSemoga kita semua sentiasa berubah ke arah kebaikan, diberi kekuatan keimanan agar sentiasa di atas jalanNya yg lurus... aamiin.
BalasPadamInsyaAllah amin..istiqhomah sentiasa 😊
Padamwah, betul-betul membakar semangat tulisan ni =)
BalasPadamAlhamdulillah terima kasih 😊
PadamTu lah fasa kehidupan kita PC. Dari satu fasa ke fasa yg seterusnya. Teruskan bersyukur atas segala nikmat yg di kurnia.
BalasPadam😊 fasa demi fasa yang warna warni..
PadamUntuk berterusan perlukan semangat 😊
BalasPadamgood read here
BalasPadamEntri bermanfaat buat semua pembaca...realiti kehidupan..
BalasPadamYakin Boleh. Kita ambik pandangan yang positif untuk kuatkan semangat kita dan seterusnya berjaya di dalam hidup. InsyaAllah. Aamin. :)
BalasPadam