Sebaik-baik Idola? .. Memang Selayaknya

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 

SEBAIK-BAIK IDOLA? .. MEMANG SELAYAKNYA

Lahirnya.
Dinanti-nantikan.
Pejuang hebat.
Sedari dalam kandungan bondanya.
Sungguh.Pejuang sesungguhnya.
Dulu.Kini.Sehingga bumi melebur.

Putih hatinya.
Jernih sinar wajahnya.
Mempesona.
Luar biasa.
Bicaranya.Muluk-muluk belaka.
Pasti lebih manis daripada gula.
Akhlaknya.
Perumpamaannya seperti Al Quran.Indah.

Dia hebat.
Dikecam.Dihina.Dimaki.Dimusuhi.Disakiti.
Sahabat adalah sahabat.
Musuh juga dianggap sahabat.
Sahabatnya syahid.
Musuhnya bersyahadah.
Allahu.

Perintis.
Sering didampingi para Malaikat.
Haruman indah.
Terima.Sebar.
Wahyu daripadaNya.
Insan terpilih.DIA yang memilih.
Menjadi perantara.
Memperbetul.Menegur.Menasihati.
Yakin.
Akur selamat.
Ke jalanNYA.

Suami.
Paling disayangi.Bijak juga menyayangi.
Siti Khadijah yang pertama.Utama.
Tiadanya baru ada yang kedua dan seterusnya.
Bukan kerana nafsu nafsi.
Semua apa yang diarahkan.
Bapa.
Sangat dicintai.
Datuk.
Sentiasa mengasihi.
Contohilah.

Aura.
Dikenang.Dirai.Dicintai.Dirindui.
Tanpa bersua.
Sekadar mendengar.Sekadar mengetahui sirahnya.
Menggebu.Mendalam rasa ingin bertemu.
Ya Rasulullah kekasih Allah.
SEBAIK-BAIK IDOLA? .. MEMANG SELAYAKNYA.


SEBAIK-BAIK IDOLA? .. MEMANG SELAYAKNYA

*terimakasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ bergema seluruh alam hulur selawat dan salam buatmu Ya Rasulullah SAW.



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Insan terhebat di dunia ni. Rindu ke kira semana Baginda rindu pada kita?

    BalasPadam
  2. Salam Maulidur Rasul kak PC. Nabi Muhammad SAW sememangnya adalah idola paling terbaik untuk manusia di muka bumi. :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama