بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum ♡
BUKAN SATU YANG ASING ~ Bila? .. bila suatu atau sesuatu itu bukan satu yang asing? .. Bila kita sudah biasa atau terbiasa dengannya atau sesuatu itu sentiasa ada atau berada disekeliling berhampiran dengan kita.Kita berasa mudah untuk mendapatkannya dan ianya meringankan urusan kita.
Tidak kenal maka tidak cinta .. ya,pada segelintir hal .. tapi nanti dulu .. dah kenal pun tidak semestinya kena jatuh cinta .. berpada-pada kerana sesuatu itu boleh berubah di luar jangkaan kita.
Tidak kenal maka tidak cinta .. ya,pada segelintir hal .. tapi nanti dulu .. dah kenal pun tidak semestinya kena jatuh cinta .. berpada-pada kerana sesuatu itu boleh berubah di luar jangkaan kita.
Rawatan tradisional ataupun rawatan altenatif..bukan satu yang asing pada kita.Walau mungkin tiada perakuan secara lisan atau di atas kertas akan kebaikkan dan khasiatnya secara saintifik,namun itu bukan bermakna ianya harus ditolak seratus peratus.
Setiap apa yang Allah SWT ciptakan pasti ada alasan dan manfaat yang tersendiri.Gemar akan hal sia-sia itu manusia BUKAN Allah SWT.BUKAN SATU YANG ASING bermula daripada datuk nenek kita kemudian diturunkan pula kepada ibu bapa kita .. dan tidak hairan sebahagian besar daripada ibu bapa tidak membuang rawatan altenatif dan tidak menolak perubatan atau rawatan moden.Kini apabila diaplikasikan kepada anak-anak secara tidak langsung anak-anak pula bakal mewarisi dan mewariskan..usaha,doa,tawakkal.
Dan antaranya adalah .. 😆
Setiap apa yang Allah SWT ciptakan pasti ada alasan dan manfaat yang tersendiri.Gemar akan hal sia-sia itu manusia BUKAN Allah SWT.BUKAN SATU YANG ASING bermula daripada datuk nenek kita kemudian diturunkan pula kepada ibu bapa kita .. dan tidak hairan sebahagian besar daripada ibu bapa tidak membuang rawatan altenatif dan tidak menolak perubatan atau rawatan moden.Kini apabila diaplikasikan kepada anak-anak secara tidak langsung anak-anak pula bakal mewarisi dan mewariskan..usaha,doa,tawakkal.
Dan antaranya adalah .. 😆
Google image
Asam Jawa
Buah asam jawa mempunyai dua jenis iaitu asam jawa yang manis dan yang masam. Kandungan utama dalam asam jawa ialah asid, gula, vitamin B dan kandungan kalsium yang tinggi.Untuk tujuan komersial didapati asam jawa dijadikan asas bahan penyejuk dalam ubat demam dan sebagai julap bagi mengatasi masalah perut kembung. Sama ada dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan jus limau, madu atau susu, asam jawa amat berkesan dalam mengatasi masalah penghadaman, penyakit hempedu dan kekurangan vitamin C (skurvi).SUMBER
Google image
Bunga Raya dan Daun Bunga Raya
Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu(Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.SUMBER
Google image
Daun Durian Belanda
Pokok Durian Belanda berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia, ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Pokok durian Belanda biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah.Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Isinya memiliki banyak biji, dan sering juga dibuat jus, sorbet dan sebagainya.SUMBER
Google image
Sireh
Sirih atau Piper betle, sejenis pokok menjalar, yang merupakan satu bahan penting dalam kebudayaan Melayu.Berasal dari Malaysia dan kini boleh turut dijumpai di India, Indonesia dan Sri Lanka.Sirih digunakan oleh orang Melayu sebagai hantaran dalam istiadat perkahwinan orang Melayu. Sirih juga digunakan dalam upacara menjampi seseorang dalam proses mengubati pesakit.
Selain daripada itu, daun sirih juga boleh dimakan bersama-sama gambir untuk mengubati penyakit cirit-birit. Bagi mengubati pendarahan pada hidung, daun sirih digulung dan disumbat ke dalam lubang hidung untuk menghentikan pengaliran darah dari dalam hidung.SUMBER
Demam?..Asam jawa,daun bunga raya,daun durian belanda bukan satu yang asing bagi PC terutama ketika demam menyapa.Ramas hingga halus dan mengeluarkan lendir...kemudian sapu pada bahagian kepala.Sejuk.Pernah hidung PC berdarah ketika hari sukan di sekolah..ya daun sireh digunakan untuk meredakan lelehan darah.
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
Tags:
Info
Durian belanda selalu kak ana minum jus dia je sebab banyak khasiat. Kak ana kurang sikit kalau bab makan ubat doc sebab sejenis tak leh telan ubat aka takut makan ubat. Hehe. Tp bila terpaksa kena lah makan juga.
BalasPadamWah PC baju blog yg baru nampaknya. Simple dan kemas. Kak ana suka sgt ❤
PC bila balik kampung kalau ada rezeki dapatlah makan durian belanda kak...tapi balik baru ni...tengah berbunga pulak...babah cakap kalau tak dimusuhi,insyaAllah dapatlah makan...betul kak,selagi boleh elak...elak makan ubat..tapi kalau sangat memerlukan....tutup mata...
PadamBetul kak..PC tukar template..cari yang lebih ringkas dan bersih...terima kasih kak 😁
Good sharing PC.. kalau orang lama mereka lebih suka rawatan cara lama juga kan. Baru Kak Sue tau daun Durian Belanda pun boleh guna untuk demam.. tapi agak susah dah nak jumpa sekarang pokoknya kan..
BalasPadamTerima kasih kak Sue...sebenarnya macam daun bunga raya,daun durian belanda...lendir dia tu yang menyejukkan dan mengurangkan panas bila demam...mungkin PC dah terbiasa dari kecil dengan daun bunga raya dan durian belanda..tu yang suka guna..tapi kalau tak ada,guna asam jawa.
PadamSETIAP SAKIT ALLAH SEDIAKAN UBATYA BKN ASING N DKENALI HERBA MUJARAB TMBUH SEKITAR LAMAN KITA
BalasPadamBetul kak PI...cuma kita tahu atau tidak sahaja kan kak...dan sama ada kita nak manfaatkan atau tidak sahaja dari alam semulajadi...
Padampayah nak cari daun bunga raya sekarang ni
BalasPadamBetul...semakin kurang ditanamkan...
Padamtq kak pc.. setuju dengan kak su.. mmg kalau org dlu2 smuanya guna cara lama.. smua mujarab.
BalasPadamKan...lebih semulajadi...lebih bebas mendekati alam...
PadamBetul.. Bukan sesuatu yang asing.. Bahkan bahan semula jadi ini dijadikan Allah utk kebaikan manusia..
BalasPadamSetuju..lebih mudahdan alami..namun begitu bukan terus menolak rawatan moden kan Cikgu..
PadamDua-dua cara tidak dapat ditolak. Ada pro dan kontra. Dan betul, jangan berlebihan pula :)
BalasPadamBanyak kegunaan asam jawa, daun sireh, bunga raya dan durian belanda kan kak PC. Terutamanya berkaitan kesihatan kita. Good info kak PC. :)
BalasPadam