بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum ♡
DIKATAKAN TAJAM .. TAPI .. OWH ANANAS COMOSUS ~ Buah nanas ada penggemarnya yang tersendiri.Seperti juga buah-buahan lain ada penggemarnya tersendiri.Apa pun yang kita nikmati,berpada-pada dan besederhanalah kerana itu lebih baik.
Bau haruman buah nanas yang manis pasti memikat hati.Mungkin ada yang gemar makan begitu sahaja,tidak kurang memilih untuk dijadikan jus atau ais krim.Fuhhhh...sedapnya ais krim nanas.Jem nanas,tat nanas,kerepek nanas,rojak nanas,paceri nanas,halwa kering nanas .. pelbagai makanan dan manisan berasaskan nanas.Pilihlah dan nikmati mengikut citarasa dan pilihan masing-masing.
Tumbuhan tropikal berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay tergolong dalam buah bukan klimakterik iaitu hanya masak di pokok.Di negara kita, nanas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor, Kelantan, dan Pulau Pinang.Antara varieti nanas yang disyorkan untuk ditanam di Malaysia ialah Sarawak, Gandol, Mauritius (Moris), N36 dan Josapine.Ringkasan PC daripada SUMBER
Mungkin ada makan buah nanas kerana suka..ada juga yang makan kerana sudah tahu khasiat yang terkandung pada buah nanas tersebut.
Jom kita siasat apakah khasiat buah nanas
🍍Mengandungi vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging).
🍍Mengadungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.
🍍Jusnya untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning.
🍍Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut.
🍍Dua molekul CCS dan CCZ daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah.
🍍mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C
Dikatakan tajam nanas dibahagian mananya..duri pada daunnyalah..memang tajam..PC sendiri pernah bertanya kepada beberapa orang doktor di hospital dan beberapa buah klinik.Bila dengar orang cakap nanas tajam...timbul rasa ingin tahu juga sahihnya.Lain doktor lain pandangan mereka.Apa yang pasti persamaannya adalah bagi wanita yang sedang hamil diperingkat awal tidak digalakkan dan cuba elakkan untuk makan buah nanas.Namun begitu semua bergantung pada izinNYA juga..ada yang hamil slumber makan nanas berbiji-biji alhamdulillah baik-baik sahaja dan sebaliknya mengakibatkan keguguran.Rezeki orang tidak sama.
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
betul. time panas memang sedap la makan yang sejuk-sejuk punya. tapi mcam PC cakap lah, tak sesuai untuk ibu mengandung.
BalasPadamBetul...siap buang kulit masuk peti ais...nikmat...
Padamtajam juga ikut experience makan nenas dulu2 tapi bukanlah nenas yang ni
BalasPadamPC rasa ikut individu...macam PC kalau makan pun sikit ok...
Padamcikyan suka mkn nanas cicah smbal kicap..fuhhh sedap oiii !
BalasPadamFuh...mantap...makngah Kak PC suka makan dengan garam...ngeri je...
PadamSalam singgah sini PC...saya suka makan nenas tapi yang manis jer...hihi
BalasPadamHehehe...nikmat tu yang manis...biasanya yang pangkal tu manis...
Padamnenas yg manis yg madu suka..tp tk slalu la mkn psl tajam tu hehe
BalasPadamNanas walau manis tetap kena kawal makan kan...yang tak tahan sakit perut...yang ok...tu memang rezeki..
Padamsedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nenas tapi azah sekarang kena pantang nanas dan makanan makanan tajam. hehe. :D makan cicah ngan kuah pekat hitam tu sedappp. nyumm
BalasPadamKuah untuk rojak petis tu ya...hehe...fuh...pedas-pedas manis...
PadamKakcik suka nanas masak lemak...hehehe
BalasPadamSedap tu...letak ikan kering tak kakcik..hehe..
PadamLZ suka makan nanas dengan kicap tapi tak boleh makan banyak nanti pedih perut..
BalasPadamMacam PC kata setiap hal perlu bersederhana, jika berlebihan mungkin membawa mudarat..
Betul la kak...nanas walau dah cukup masak...makan lebih perut rasa lain macam..
PadamSedapnya nenas kak pc.. lama dah tak makan.. Dulu masa tengah tahun akhir study diploma di johor, husniey buat jualan sendiri buahan potong nenas ni pun jual jugak.. Ramai jugalah yang beli, hehe rindu pulak kenangan masa study kumpul duit belanja..
BalasPadamKak PC pun lama tak makan...baru ni je makan Husniey..sebab En Suami beli nak makan...kadang beli kak PC tak makan..tengok En Suami je makan...hehe..oo jual buah potong ye...alhamdulillah dapat juga tambah duit poket.
PadamKak ana selalu juga buat air nenas. Tak pun aiskrim nenas. Memang sedap lagi2 makan masa hari panas. Eh mcm nak beli nanas pula lepas ni.
BalasPadamSedapkan kak...hehe..aiskrim nanas nikmat...beli kak..buat ais krim...Syafi suka nanas tak kak..
PadamJM suka mkn nenas..terutama nenas madu..manis!! byk khasiat rupanya nenas ni
BalasPadamNanas madu dulu viral kan...hehe...comel-comel je tapi rangup dan manis lain macam.
PadamYa Allah sedapnya.. Favourite ni
BalasPadamOwh...suka makan nanas ya...
PadamNanas kalau manis saya suka la makan raw. Tapi kalau masam alamatnya masak pajeri aje..hehe
BalasPadamMasak pajeri pun sedap...makan gitu je..hehe..
PadamJus nanas pun sedap terutama klu minum sejuk2 waktu petang yg panas :) :)
BalasPadam