Jadi Gangster Soleh Solehah

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 


JADI GANGSTER SOLEH SOLEHAH ~ Sebut gangster kecut perut walau tidak lakukan apa-apa kesalahan pun.Terus bayangkan yang semuanya ngeri-ngeri belaka.Menggigil lutut.Peluh dahi.Baru sebut.Belum jumpa berdepan.Kalau sebut Allah .. boleh lagi sengeh-sengeh macam kerang segar baru naik dari bot nelayan..sebut berat azab daripada Allah SWT pun masih lagi santai macam mencurah air di daun keladi..aduhai😅.*amaran keras untuk PC juga ni*

Ada ketika kita kena jadi gangster .. yang soleh dan solehah .. jangan cakap tak boleh .. insyaAllah tidak akan ada bertindak ke atas kita.

Eh..eh..betul ke?..syaratnya..

Ugut diri sendiri pada waktu diri mula mahu memberontak.Fahami diri sendiri.Kenali betul-betul kemampuan diri.Kalau agak-agak diri dah mula malas .. ugut diri sendiri,denda diri sendiri.Kerana nafsu akan sentiasa berdebat dengan akal.Iman kita yang akan melentur nafsu dan akal.Justeru itu ugut diri sebaiknya agar berfikir banyak kali sebelum bertindak hal yang bukan-bukan.

Contoh .. kalau hari ini aku mengumpat orang .. aku kena puasa 7 hari berturut-turut..mampukah?..*secara tidak langsung buat kita terfikir dan berfikir*

Pendirian boleh menjadi ego boleh juga menjadi sempadan.Menjadi ego perlu dipantau agar tidak terbabas ke arah sikap yang negatif .Mulanya ego boleh bertukar menjadi riak dan seangkatan dengannya.Justeru jadi gangster berkeras dan lawan diri sendiri.Pada sisi yang baik perkukuhkan.Pada sudut yang gelap hapuskan.

Tumbuk rasa marah .. tikam  nafsu negatif .. bunuh rasa hasad dengki iri hati .. bakar rasa bangga memiliki.Jadi gangster yang paling perkasa untuk mentarbiah diri sendiri.Bangkit menjadi ummah yang kukuh jati diri Cinta Allah SWT,sayang agama,hargai diri sendiri dan orang lain.

Jadi Gangster Soleh Solehah
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

21 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Tumbuk rasa marah .. tikam nafsu negatif .. bunuh rasa hasad dengki iri hati .. bakar rasa bangga memilik.... terbaik.. cikyan suka ayat ni.. betul jugak tu... idea bijak.. kalau mcm tu, buat denda, buat kita takut nk buat jahat kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih cikyan..risau juga PC kalau ada yang salah anggap dengan entri ni..sebab tajuk macam ajak orang jadi tak baik...
      Betul..maksudnya kita denda diri sendiri..kita bagi hadiah juga pada diri sendiri untuk bentuk sahsiah diri...

      Padam
  2. Kita berusaha utk jadi umat Islam yang terbaik dengan melalukan segala suruhanNya sebaik abis kan kak PC. Bakar jiwa dengan amalan kebaikan dan kentalkan diri dengan pelbagai dugaan demi menjaga iman yang disayangi. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...mahu tidak mahu paksa diri untuk jadi umat Islam yang terbaik...mula sikit2 dan perlahan pun ok asal berterusan.cari sumber rujukan yang terpecaya.Dan diri sendiri pun ajak orang untuk ke zon yang baik..insyaAllah baik semuanya.

      Padam
  3. Nice sharing. Semoga Allah memelihara dan mengukuhkan iman kita semua ke arah yang lebih baik dan menjauhkan kita daripada apa yang tidak sepatutnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Anie..amin.Begitulah doanya..untuk diri,keluarga,masyarakat dan negara.Moga Allah lindungi kita semua...

      Padam
  4. Kalau ikut denda diri sendiri byk sgt PC. Walau berazam setiap pagi utk tak nak buat dosa but still ada juga yg terlepas. Nafsu tetap menang. Semoga Allah sudi mengampuni kita yg lemah hina ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kak Ana...kadang sendiri buat azam sendiri langgar azam...sebab nafsu..PC tak nafi kak sebab PC pun tak terkecuali..sikit2 cuba ugut diri sendiri untuk kawal diri...moga Allah bantu..amin.

      Padam
  5. menarik tajuk dan kontennya... leh buat filem ni PC... hehe... apapun mmg benar tu, akak duk tgh menulis psl perasaan positif dan perasaan negatif tesis akak... bila bc entry pc mmg benar bagai dikaji perasaan ego ada dlam diri klu tdk dicuci akan merosak diri, jika bermatian merendahkan ego itu insyaaAllah akn tunduk kita pd si pencipta....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak Sheila.Sebab PC rasa kita kena mula daripada diri sendiri dulu.Takutkan diri sendiri dan amarankan pada diri sendiri dulu bagi hal-hal yang patut.Nanti akan terpancar di luaran tak langsung moga jadi ikutan.amin..

      Padam
  6. bagus entry nih...muhasabah diri sekejap :)

    BalasPadam
  7. Kena paksa dirikan untuk bunuh rasa negatif dan buruk sangka.. Namun adakalanya nafsu dan syaitan menang tanpa disedari..Moga Allah tetap menunjukkan jalan hidayahNya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Husniey..tu kena jadi gangster sikit..moga-moga syaitan dan iblis menjauhi kita...amin.

      Padam
  8. Kadang susah kan nak kawal diri.. huhuhu..

    BalasPadam
  9. Eh taknak la jadi gangster ni pc hehehe :p Well, bagus entry ni. Bila yang negative kita jadikan positive kan.

    BalasPadam
  10. Terkedu sekejap baca contoh kak PC bagi di atas. Betul lah tu, kalau kita buat camtu, mesti tak berani dah buat benda tak elok kan. Kadang2 akal dah berfikir yang baik tapi tue lah, terlepas juga. Susah nak jaga T_T

    BalasPadam
  11. yeahh..jadi gangster kepada diri sendiri dulu jgn pada orang lain

    BalasPadam
  12. smoga kita sntiasa muhasabah diri.. aminnn

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama