Kurangkan KENAPA .. Lebihkan BAGAIMANA

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 


KURANGKAN KENAPA .. LEBIHKAN BAGAIMANA ~ "Kenapa" itu lebih menimbulkan tanda tanya yang kalau tidak dibendung menganggu kesihatan emosi juga.Berbanding "bagaimana" yang lebih menjurus ke arah mencari atau memberi solusi terhadap satu-satu situasi.Adalah lebih baik diibaratkan 1 nisbah 2 iaitu sekali kenalpasti masalah kemudia dua kali ganda usaha mencari penyelesaiannya.


KURANGKAN KENAPA .. LEBIHKAN BAGAIMANA


"Kenapa" bukan satu hal negatif kerana wajarlah melayan rasa ingin tahu atau lebih tahu sesuatu hal.Tetapi ada batasannya.Lihat pada situasi.Sesuai atau sebaliknya.Mungkin untuk mendapatkan rawatan di hospital,,pakar perubatan mungkin mahu lebih tahu sejarah kesihatan keluarga.Justeru "kenapa" itu mungkin lebih mendalam.Itu pun mengikut sekadarnya keperluan sahaja.Tetapi sekiranya "kenapa" itu hingga menimbulkan rasa tidak selesa .. hentikanlah.

Mahu membantu atau mahu membuka aib .. kita pilih.Lihat dan perbetulkan semula niat.Oleh itu kurangkan "kenapa" kerana tiada siapa pun tahu sesuatu itu berlaku melainkan DIA.

Sesiapa pun lebih rasa tenteram bila pendekatan yang diterima sangat mesra dan meleraikan banyak simpulan.Di ketika ini dalam kesibukkan dan tekanan yang adakala luar biasa,asakkan persoalan itu tersangat merimas dan membebankan.Ada waktunya tidak perlu pun tahu "kenapa" kita sendirinya boleh membantu mencari jalan penyelesaiannya.Itu lebih baik daripada beratus kali "kenapa" sedang "bagaimana"nya langsung tiada.

Kalau dirasakan "lebihkan bagaimana" itu sukar .. bertenang dan jarakkan diri agar "kenapa" itu dapat dikurangkan.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 





PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Salam Jumaat PC. Kak ana setuju sgt. Pendekatan yang sangat mesra sentiasa disenangi sesiapa saja. Namun berapa banyak dari kita punya pendekatan sebegitu kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Jumaat kembali kak Ana...betul...majoriti ada yang rajin menanya..untuk ambil tahu..sedihnya bukan untuk membantu sebahagiannya tetapi untuk mengaibkan...

      Padam
  2. Salam Jumaat PC.. mendalam maksudnya nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Jumaat kak Sue...hehe..mendalam juga ni kak...kerana inilah hakikat kak..

      Padam
  3. good sharing.. kena slalu usaha cari penyelesaian dan tak blh cari kesalahan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih NAJ..betul...bila berusaha cari penyelesaian secara tidak langsung akan kurang untuk mencari dan menyalahkan orang lain.

      Padam
  4. betul tu akak.. kita sbagai manusia selalu sngt tanya kenapa.. hmm. busyra la tu mcm tu.. sepatutnya kita kena tanya bagaimana penyelesaiaan. InshaAllah Allah akan bantu.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama