بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum ♡
NASIHAT YA .. ATAU MARAH .. MACAM SINDIRAN JE ~ Nasihat,marah atau sekadar sindiran .. hal lazim yang dilakukan sesiapa pun..termasuklah makhluk lain selain kita manusia,cuma mereka dengan gaya dan bahasa mereka yang tidak kita fahami.Yang ketara berbeza antara kita dan makhluk lain adalah pemilikkan akal.Syukuri dan jaga nikmat akal yang dipinjamkan.
Nasihat Ya .. Atau Marah .. Macam Sindiran Je ..
Nasihat Ya .. Atau Marah .. Macam Sindiran Je ..
Perkataan atau kata-kata
Nasihat : Lebih tertib,berhemah,penuh hikmah dan berhati-hati memberi solusi.Tidak menyakiti.
Marah : Kasar.Mungkin juga berbahasa kesat.
Sindiran : Halus namun tajam menusuk.
Intonasi
Nasihat : Sederhana dan tenang.
Marah : Tinggi suara,membentak.
Sindiran : Bicranya santai namun membantai.
Bahasa tubuh
Nasihat : Bersahaja.Mewujudkan rasa selesa.
Marah : Adakala hanya suara yang tinggi,tidak mustahil anggota menyakiti.Tidak kurang yang memilih diamkan diri seribu bahasa.
Sindiran : Pandangan mata,riak wajah dan tingkah menghindar.
Apa pun yang kita atau sesiapa sahaja ingin lakukan..jelaskan niat terlebih dahulu.Bagi PC niat itu umpama acuan..kalau kita nak bentuk "love💙" maka begitu jadinya.
Nasihat .. Marah .. Sindiran .. ada baik dan buruknya.Bergantung bagaimana diri untuk mengemudi emosi di saat mahu menunjukkan sebarang tindakkan secara pantas atau lebih bersabar.Pilih.
Google image
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
Tags:
Santai
Waalaikumussalam PC. Terima kasih atas perkongsian. JM lebih suka berdiam dari berkata-kata apabila marah. Tapi bila sudah tiadk mampu untuk berdiam sekali berkata menikam jiwa... Tapi JM banyak bersabar, rasa malas hendak berbicara lebih takut ada yang terasa...
BalasPadamMenyelamatkan keadaan tu..sebab kadang tengah marah kata-kata yang diucapkan sering kurang sedap di dengar..tetapi ada ketika perlu maklumkan kerana tidak semua orang faham bahasa.
PadamNiat paling utama. Kalau niat nak tegur demi kebaikan seharusnya tegur dan nasihat dgn hemah. Bukan dgn marah. Sesiapa pun tak suka kena marah kan. Cuma sesekali sindiran tu perlu kalau nampak tiada perubahan.
BalasPadamBetul kak Ana..asal jaga adab masa menegur atau menasihati...marah ni banyak kesan buruknya...sindiran sopan ya kak...
Padamdunia teknologi sekarang, suka benar orang bagi tarbiah sentap. tak kurang juga bila ditegur baik-baik, dibalas secara sinis dan marah-marah. tapi jika dibandingkan dengan zaman rasulullah, perlbagai tohmahan yang beliau dapat..
BalasPadamZaman sekarang zie..bertingkah dilaman sosial...dah tak ada segan silu...dah tak ada yang namanya menjaga aib...betul zie...Rasulullah SAW contoh terbaik.
Padamke tiga3nya perlu dilakukan mengikut situasi tertentu.
BalasPadamLakukanlah secara berhemah dan mendidik.
Kena dengan caranya..baik hujungnyakan Pakcik WP..asal tidak menambah kekeruhan pada situasi.
Padambetul tu.. kadang-kadang orang tegur macam tak tegur, marah tak marah. kita yang kena ni konfius dia nak tegur ke, marah 😁😁😁 apa-apa pun, kalau teguran tu berguna apa salahnya kita terima dengan hati terbuka kan PC?
BalasPadamBetul...dengar dulu...baik ambil simpan dan praktikkan...tak baik cepat-cepat buang sebelum merosakkan hati dan fikiran kita..
Padamsindiran tu lagi pedih tapi selalunya berjaya
BalasPadamBergantung pada topik dan kepada siapa sasaran sindiran itu...nak sindir perlu juga cerdik..tidak boleh hentam sahaja...terutama pada isu sensitif.
PadamAduh kalau kena camni, mesti terasa hati.. Simpan je la.. kemudian lupakan..
BalasPadamMesti sedih ye...terus buang...cari hal yang menggembirakan.
PadamW'salam PC,
BalasPadamAllahu kadang-kadang ikut emosi, terasa diri ini lemah jika tak dapat kawal marah. Lemah kerana mudah dipengaruhi hasutan syaitan. Kadang-kala nampak mudah tapi impak dia berpanjangan andai ada yang terasa hati. Kena segera berubah.. :'(
azah kalau marah. ucap terima kasih. pastu buat keje kita. diam je sorang2. baik diam pendam dari meluahkan akan melukakan lagi. kalau gaduh sikit jadi gaduh besar sebab mulut ni, bila berkata2 dah tak boleh undur dah kan.
BalasPadamKak Sue kalau marah selagi boleh sabar.. baik diam ja..
BalasPadamKurang gemar org marah melalui sindirin sbb saya jenis yg terbuka dan sanggup terima teguran kalau betul salah. Ucapan2 sinis seolah2 nak menasihat mmg kurang gemarlah huhu
BalasPadam