بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum ♡
TINGGI DAN JAUH? .. AKHIRNYA ~ Hidup satu proses.Di dalamnya terdapat banyak warna .. catatan dan lakaran.Koyak di sana,jahit di sini .. sambung di situ kemudian terdapat tampalan pula merata.Begitulah yang seadanya.Biar tidak terlihat..sekiranya yang batin boleh di zahirkan,entah seperti apa bentuknya..mungkin mengerikan atau tidak sanggup pun untuk dipandang.Tetapi yakinlah,selagi Allah sentiasa disetiap denyut nadi,insyaAllah bantuan akan ada.Aminn.
Bila berada pada tahap atau kedudukkan yang terpaling rendah pasti ada sebabnya.Fikirkan bahawa ini permulaan.Ya permulaan yang baharu.Agar diketika berada ditahap selayaknya tidak segan dan canggung untuk lebih merasai kedudukkan yang terpaling rendah.
TINGGI DAN JAUH? .. AKHIRNYA ..
Terbang tinggi .. melangkah jauh .. tersenyum dan terus melangkah lagi.Yakin semua kerana atas usaha dan kemampuan diri sendiri.Betulkan anggapan.Syukuri dengan lafaz,hati dan aksi.Tetapi satu titik yang jangan pernah dipendam dan dipadam .. ingat bagaimana akhirnya nanti.Akhir yang pasti namun caranya yang masih rahsia lagi.
Burung lelah berterbangan sampai waktu pulang juga ke sarang.Tempat asal yang paling asal adalah kepada DIA.Sehingga sebelum itu..pilihlah jalan pulang yang betul.
Google image
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
Tags:
Santai
walau tinggi dan jauh kita kena terus ingat padaNya...jangan pernah lupa padaNya kan..InsyaAllah
BalasPadamKita ingat DIA nikmat insyaAllah bertambah...amin😊
Padamgood sharing sis !
BalasPadamTerima kasih alhamdulillah 😊
PadamBila kita berada di satu titik bawah jgn sedih. Allah dah ada plan yg terbaik utk kita. Mungkin itu titik kejayaan dalam hidup kita kan.
BalasPadamBetul kak Ana..menjadi garis pemula yang indah.amin😊
Padammoga jumpa jalan pulang yang betul
BalasPadamInsyaAllah amin...😊
PadamMenunjukan kehidupan kita kadang diatas dan kadang kadang di bawah.
BalasPadamBetul tu Fatin.Luar jangkaan kita😊
Padam