Di Tarikh Yang Sama .. Dirimu Hadiah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

DI TARIKH YANG SAMA .. DIRIMU HADIAH

Hari ini.
Hari yang berbeza.
Tetapi.
Di tarikh yang sama .. dirimu hadiah.
Jodoh.
Namamu.Namaku.
Terukir bersama sedari alam rahim.
Allahu.


Terimbas jelas.
Sesudah akad.
Selesai taklik.
Dirimu.
Diriku.
Bukan sekadar ungkapan dibibir.
Disanubari janji diukir.
Akhirnya tumpah air mata.
Ayahanda bonda berakad sakinah.
Merestu beresak halus.
Kita berjanji dengan Tuhan.
Sebenarnya.Ya sebenar-benarnya.



Wallahi.
Kumenyayangimu kerana Ilahi.
Wallahi.
Kuterimamu seadanya diri.
Wallahi.
Mentaatimu semampu kudrat ini.
Atas laluan Pencipta diri.


Syukur Ya Tuhan.
Hadiah ini.
Diketika ini.
Dari detik pertama lagi.
Hadiah yang sentiasa sabar.
Hadiah yang menyokong tegar.
Hadiah yang santun mendengar.
Hadiah mencari rezeki menampung lapar.
Hadiah menjadi pertama disaf hadapan.
SubhanAllah. 
Suamiku.


Terima kasih Hadiah.
Terima dirimu bukan yang pertama.
DIA utama antara kita.
Kita jaga sama-sama.
Suamiku.
Terima kasih.
Menerimaku apa adanya.
Dibahagian banyak kurang dan lemahnya.
Diketikaku rapuh.
Dikalaku jatuh.
Disaatku bangkit tidak kukuh.
Redhaiku.
Allahu.


Ya Rab.
Terima kasih menjodohkan kami.
Jadikan rusuk kami ampuh melengkapi .
Melangkah mencari redhamu Ilahi.


Suamiku.
Pahit manis bersilih ganti.
Tangis tawa datang pergi.
Moga kita terus sabar mengatasi.
Maafkan segala khilafku.
Halalkan setiap tingkahku.
Bimbing diriku menjadi makmum bersyariat.



Tuhan.
Rayuanku.Angkatlah.
Satu saat.
Diriku.
Dirinya.
Pasti bersemadi di lahad sendiri.
Aturkan lagi pertemuan kami.
Bersama.
Beriringan menuju singgahsana kami.
Izinkan.
Kumenjadi ketua bidadari.
Malayani lagi.
Imamku di dunia dulu.


Suamiku.
Disetiap sujud doaku ada untukmu.
Selamat  ulangtahun cinta berakad.
Cinta berijab qabul.
Selamat ulangtahun kelahiran juga yang kian mendekat.


Di Tarikh Yang Sama .. Dirimu Hadiah

Isterimu..









PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

18 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. selamat ulangtahun perkahwinan..semoga berbahagia hingga jannah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin...terima kasih Mama Tisya atas doanya ya😁

      Padam
  2. Selamat ulang tahun perkahwinan PC. Kak ana doakan semoga perkahwinan PC penuh dengan keberkatan Illahi dan semoga berpanjangan di sana nanti.amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin..insyaAllah..terima kasih doanya ya Kak Ana...😁

      Padam
  3. Selamat Ulang tahun kak pc..
    Moga selalu dalam rahmat Allah taala.. Moga perkahwinan kak pc dipenuhi kebahagiaan.. Doakan husniey juga ya 🌸😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah amin..terima kasih Husniey atas doanya..moga kita semua bahagia dunia akhirat😁

      Padam
  4. Selamat Ulangtahun PC dan suami, Kak Sue doakan kalian berbahagia dunia dan akhirat. Sentiasa dalam redha Allah.. ❤

    Entah kenapa baca entri rasa tersentuh pulak.. siap bergenang airmata akak, terbayang khilaf diri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah terima kasih Kak Sue atas doanya ya...amin..moga kita semua bahagia hingga syurga dengan pasangan kita😁

      Padam
  5. Selamat ulang tahun perkahwinan kak PC. Semoga perkahwinan akak sentiasa diberkati Allah dan bahagia sentiasa.

    Indah kata-kata akak. Baca yang part pernikahan teringat pula masa nikah dulu. 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Siqah atas doanya...amin..untuk perkahwinan Siqah juga...terimbas ya😁

      Padam
  6. Selamat menyambut ulang tahun PC dan pasangan. Semoga keduanya sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya. Till jannah, amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih CikLa..amin atas doanya ya...moga di syurga kita bertemu semua😁

      Padam
  7. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan buat PC dan suami. Semoga kekal hingga ke jannah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah terima kasih Kak Mimi...amin...insyaAllah moga makbul doanya..😁

      Padam
  8. Sangat bermakna.. pandai akak tulis puisi

    BalasPadam
  9. Pandainya buat sajak, setiap kata2 ada makna..selamat menyambut ulang tahun perkahwinan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sikit2 insyaAllah boleh...tak berapa pandai..malu pulak..alhamdulillah terima kasih atas ucapannya.😁

      Padam
Terbaru Lebih lama