Jangan Remehkan Titian Ini

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


JANGAN REMEHKAN TITIAN INI ~ Nak seberang parit,sungai,laut selain menggunakan sampan,bot atau rakit tidak pun kapal .. titi atau jambatan sangat penting.Tengok juga pada kesesuaiannya.Mana yang lebih mudah dan menyenangkan.Berenang?.. boleh ..sanggup atau tidak sahaja untuk melakukannya.Tak salah pun.Silakan😅.

Dunia.Di dunia titian itu yang sangat memudahkan aktiviti harian.Menjimatkan masa,tenaga dan kos untuk bergerak.Keselamatan juga sedikit terjamin insyaAllah.Kenapa PC cakap sedikit,kerana banyak juga berlaku kes jambatan runtuh.Semua atas sebab dan izinNYA juga.Asal tiada mangsa yang terkorban itu sudah besar nikmat.Alhamdulillah.Syukuri.

Jambatan rosak segera diperbaiki
Demi menjaga keselamatan pengguna
Titian di akhirat jangan dilupai
Penentu akhir neraka atau syurga


Jangan Remehkan Titian Ini
Surah Al Fatihah 
Ayat 1 hingga 7
Ertinya

1.Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

2.Segala puji tertentu bagi Allah,Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam

3.Yang Maha Pemurah,Lagi Maha Mengasihani

4.Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)

5.Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah,dan kepada Engkaulah sahaja kami mohon pertolongan 

6.Tunjukilah kami jalan yang lurus

7.Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,bukan (jalan) orang-orang yang telah Engkau murkai,dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Tanyalah,syurga itu sangat-sangat didambakan oleh sesiapa pun.Allahu.Lebih-lebih bila membaca kisah-kisah keindahan syurga yang tidak langsung kita lihat dan rasai.Kalau dengar dan bayangkan pun dah teruja bahagia,bagaimana kalau dihadapan mata.Allahu😂.

Sebelum itu .. laluan menuju syurga .. Titian Sirat Al Mustaqim yang  sangat licin,memiliki kait,cakar dan duri dibentang atas neraka jahannam mesti kita lintasi.

Padang Mahsyar - Titian Sirat Al Mustaqim  (di bawahnya neraka jahannam) - Syurga

Di Titian Sirat Al Mustaqim detik bermula nikmat ataupun azab hamba berdasarkan apa yang dilakukan sedari dunia lagi.Baginda Rasulullah SAW menjadi orang pertama yang melintasi Titian Sirat Al Mustaqim dan menanti umatnya dihujung titian tersebut.Besar dan mendalamnya kasih baginda kepada ummat.


Bagaimana kita nanti?melintasi seperti kilat yang memancar., seperti angin yang kencang,seperti kuda yang baik.,seperti burung yang pantas,berlari,berjalan atau berdiri dan duduk karena mereka dahaga dan penat.Allah,bantulah hamba-hambaMU.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. semoga syurga untuk kita di akhirat nanti. Cukupkan bekalan untuk dibawa nanti.

    BalasPadam
  2. terima kasih pc semoga sama2 kita menjaga jambatan ini...

    BalasPadam
  3. semoga Allah redha dgn kita semua..semoga kita berada di jalan yg betul. semoga syurga buat kita.

    jemput baca..
    https://nurazianjaafar.blogspot.my/2018/02/izinkan-aku-bab-3.html

    BalasPadam
  4. Good sharing PC, takut pula baca Titian Sirat Al Mustaqim tu PC.. huhuhu..

    BalasPadam
  5. Maksud tersirat disebalik ayat tunjukkanlah kami jalan yang lurus tu.. SubhanaAllah hanya orang orang beriman yang memahami dan meneruskan amalan yang baik baik. Mudahan kita berada di atas jalan yang benar..

    BalasPadam
  6. adakah kita berjaya melalui titian sirat itu? Wallahualam...

    BalasPadam
  7. Takut bila terpikir nasib di atas Titian sirat tu. Teringat ceramah sorang ustazah dr indonesia nanti masa Saidatina Fatimah melintas semua org akan tundukkan pandangan kerana Fatimah seorang yg sgt jaga aurat. Betapa Allah memuliakan beliau kan. Kita?

    BalasPadam
  8. Allahu... rasa takut bila fikir macam mana lah nasib kita di titian sirat tu...

    BalasPadam
  9. Allahuakbar... semoga dipermudahkan perjalanan kita semuanya nanti ya Allah...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama