Manis-manis Masam

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 

MANIS-MANIS MASAM

Warna kulit oren  pekat
Sekali jeling terus terpikat
Makanan terhidang dilihat-lihat
Takut dipenuhi si telur lalat

Tidak sepanjang masa ia terlihat
Setahun sekali nampak kelibat
Sembunyi bukan kerana muslihat
Melainkan untuk menambah nikmat 


Manis-manis Masam

Ada yang masam ada yang manis
Baunya harum menawan kalbu
Ada yang terus terang ada yang sinis
Lazim manusia adat begitu

Ada di kotak ada di longgok
Pilih yang elok buang yang busuk
Pekerti molek parasnya elok
Biar telus jangan olok-olok

Beli sekotak dibahagi-bahagi
Sorang sikit sama merasa
Girang rasa si pemberi
Lebih gembira yang menerima


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

13 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Tangan yg memberi lg baik dr yg menerima. Sama2 kongsi rezeki. InsyaAllah ada kebaikan yg menanti.

    BalasPadam
  2. SALING MEMBERI N MENERIMA BERKONGSI RAHMAT-NYA

    BalasPadam
  3. Wahhh mentang mentang nak raya cina kann. Hehee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh...betul tu Fatin...sana sini limau mandrin ni ada.

      Padam
  4. Balasan
    1. Sekali makan mau tak cukup sebiji ni..lagi2 manis..

      Padam
  5. bila nak Tahun Baru Cina, banyak peniaga yang jual buah ni muncul =)

    BalasPadam
  6. hehehehe
    saya beli sekotak limau
    sehari makna 7-8 biji
    haahha

    BalasPadam
  7. Sana sini dah mula dimeriahkan dgn limau mandarin.. masuk supermarket pun ada yg semarak bau limau tu :)

    BalasPadam
  8. Pantun masam-masam manis, seronok baca. ehehe.. Abang Man pun ada beli sekotak limau, sekejap ja dah habis. Kat rumah nie semua suka makan buah PC.. 😀

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama