Pen Merah Pen Biru

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

PEN MERAH PEN BIRU


Pen Merah Pen Biru
Google image 

Merah dilambang semangat
Biru itu ketenangan
Hidup teruskan bersemangat
InsyaAllah peroleh kemenangan

Suka merah di kata garang
Suka biru dikata warna lelaki
Jangan terhasut kata-kata orang
Kelak diri serabut sendiri 

Pen merah untuk menanda
Pen biru untuk menulis
Tidak kira di mana berada
Sikap kurang baik segera dikikis

Pen merah pen biru
You marah i love you
Hidup tidak semudah itu
Silap pandu haru biru

Pen merah disimpan dalam laci
Pen biru kering dakwatnya
Boleh sahaja ada rasa benci
Tapi benci pada tempatnya

Pen merah si pen biru
Kerana sayang punca cemburu
Hindari bertindak terburu-buru 
Terburu-buru itu hasutan nafsu

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Cantik sungguh kata-kata dalam pantun PC.
    Sungguh berseni dengan maksud pantun yang tersendiri..
    Banyak pengajaran disampaikan.. Terima kasih atas ingatan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahu.Terima kasih kak LZ..
      Apa adanya kak..semua dengan izinNYA..kalau PC ni kadang tidak ada idea..sungguh.Dan rakan-rakan yang singgah tinggal komen tu jadi Motivasi.

      Padam
  2. Disebalik pantun yang indah,
    Tersimpan 1000 hikmah

    BalasPadam
  3. Aida suka sangat puisi.. suka sangat baca.. lagi-lagi karya yang sangat double meaning and full of sarcasm.. hehehe teruskan bekarya PC! ^^

    BalasPadam
  4. Teringat pula Mrs. A zaman sekolah rendah dulu, kalau tulis surat bawah sekali mesti ada pantun pen merah pen biru jangan marah i love you hehehe...

    Kreatifnya PC simple je pantun tu tapi banyak maksud tersirat.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama