Temujanji

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 


TEMUJANJI ~ Bertemu dan kemudian berjanji.Berjanji untuk pertemuan berikutnya.Lagi dan lagi.Atas keperluan atau pilihan.Bergantung pada izinNYA dan apa yang kita rangkakan.

Temujanji .. berbalik pada situasi.Bergantung juga pada sebabnya.Lihat waktu dan tempatnya.Bukan kerana terlalu cerewet atau tersangat mengatas tetapi kesannya dihari kemudian.

Berdua-duaan .. berdua itu ada bezanya.Pastikan yang mana.Jangan bagi peluang syaitonnirojim jadi yang ketiga.InsyaAllah minta Allah SWT lindungi kita.Siapa yang tidak suka ada temujanji.Itu pun temujanji dengan insan-insan luar biasa..istimewa..cuba temujanji dengan tuan atau puan doktor...kecualilah doktor itu anak,isteri,suami,adik beradik atau saudara kita..santai.

Agak-agaknya bagaimana temujanji kita dengan DIA.Sehari semalam lima waktu.Atau ada yang sudi untuk menambah temujanji lain diluar lima waktu.Di waktu-waktu tertentu.Allahu.Temujanji yang mengenyangkan iman,menenangkan jiwa dan fikiran.Berbicara yang tiada jurang.Luahan yang pasti di dengari.Tidak ditolak mungkin hanya ditangguh.

Temujanji hamba dan Tuhan..bukan suatu yang biasa.Luar biasa.Jagalah setiap temujanji dengan Tuhan seperti bersungguh memenuhi temujanji dengan sesama insan.Malah sewajarnya melebihi dari itu kesungguhannya.Cantik-cantik(bersih dan bukan bersolek ya).Wangi-wangian.SubhanaAllah.Jangan risau,kalau dulu sering curang,bangkit kita perbaiki.Jadi lebih setia ok.InsyaAllah boleh.

TEMUJANJI
Google image 


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. W'salam..
    Setiap temujanji hendaklah ditepati, jangan janji tinggal janji.
    Apatah lagi janji kita dengan DIA, mesti dijaga rapi dan ditaati selalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin...betul kak LZ...jaga apa yang telah dihanji sbb mungkir janji ada hukum yang perlu ditanggung.

      Padam
  2. Bila janjitemu dengan manusia bukan main cantik berhias ye PC. Seharusnya perkara yg sama kita harus lakukan bila bertemu janji dengan Maha Pencipta. Kena wangi dan tepat masanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeyyy betul tu kak Ana...setuju..insyaAllah Allah akan rasa senang dengan kita terutama masa kita berdoa...amin.

      Padam
  3. Temujanji yang wajib di ingati dan dilakukan.

    BalasPadam
  4. betul tu pc, temujanji dgn Allah, buat xendah jer xpakai lawa2 pun... klu ngn makhluk sebulan lg nak temujanji dh sibuk cari pakaian apa... huh... akak la tu....

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama