بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum WBT
TERLIHAT YANG SATU CARI SEMBILAN LAINNYA ~ Fokus.Bukan mudah apatah lagi berterusan menggali kebaikkan.Biarpun Jumlah kebaikkan yang dilakukan banyak,angkara sekali khilaf.....ya,yang khilaf itu akan sentiasa di sebut-sebut.
Terlihat Yang Satu Cari Sembilan Lainnya.
Bila ada niat untuk berubah ke arah yang lebih baik,niatkan dan lakukan.Kemudian mantapkan hati untuk menjadi kalis pada dugaan.Kerana Dia.Namun langkah paling pertama adalah..bila terlihat satu khilafnya orang jangan dituding..usahakan mencari sembilan lainnya yang berbentuk kebaikkan.
Untuk teguh digarisan ketenangan dan kebaikkan hindari penyakit hati.Sebab ianya musuh dan racun pada setiap niat baik.Tak boleh buang sekaligus .. sikit-sikit.Tak apalah daripada tak ada usaha nak buang rasa tinggi diri dan yang seangkatan dengannya...betul tak.
Dan diketika kita terlihat satu kebaikkan diantara sembilan keburukkan..pertahankan kebaikkan itu agar ianya dapat menghakis keburukkan yang ada..
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
Tags:
Santai
Betul tu.. kerana itu kita perlu sntiasa husnudzon.. terima kasih kongsi..
BalasPadamSetuju sangat PC. Bila kita mula nak nampak keburukan sesuatu / seseorang tu, pandanglah pada kebaikkan yg pernah dilakukan terhadap kita.
BalasPadamSetuju..sentiasa memaafkan dan bersangka baik, itu yang terbaik
BalasPadam