بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum WBT
TIDAK PERGI JAUH
Pokok manggis lebat buahnya
Gugur buahnya satu per satu
Tidak terpisah jauh dari induknya
Sikap ibu bapa juga yang bakal ditiru
Kacang hijau direndam semalaman
Siap menjadi bubur dinikmati setaman
Susah senang itulah pengalaman
Doa ibu bapa sentiasa diharapkan
Bunga kantan dihiris halus
Dicampur sayur menjadi ulaman
Bertahun merantau melangkah beratus-ratus
Hujung kembali ke desa halaman
Bangga menikmati apa dihajatkan
Hasil usaha membuahkan hasil
Hakikatnya semua daripada Tuhan
Boleh diberi boleh DIA ambil
Carik-carik si bulu ayam
Bila dikumpul bercantum juga
Adatlah hari ini ada bermuka masam
Sesaat lagi bergurau semula
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
TIDAK PERGI JAUH
Pokok manggis lebat buahnya
Gugur buahnya satu per satu
Tidak terpisah jauh dari induknya
Sikap ibu bapa juga yang bakal ditiru
Kacang hijau direndam semalaman
Siap menjadi bubur dinikmati setaman
Susah senang itulah pengalaman
Doa ibu bapa sentiasa diharapkan
Bunga kantan dihiris halus
Dicampur sayur menjadi ulaman
Bertahun merantau melangkah beratus-ratus
Hujung kembali ke desa halaman
Bangga menikmati apa dihajatkan
Hasil usaha membuahkan hasil
Hakikatnya semua daripada Tuhan
Boleh diberi boleh DIA ambil
Carik-carik si bulu ayam
Bila dikumpul bercantum juga
Adatlah hari ini ada bermuka masam
Sesaat lagi bergurau semula
*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi
Tags:
Pantun
Hidup kita nie kalau dalam keberkatan dan keredhaan Allah dan ibu bapa InsyaAllah.. selamat dunia, akhirat kan PC..
BalasPadamBetul sangat-sangat tu Kak Sue...setuju..😊
PadamSLMT BRHUJUNG MINGGU N CERIA SELALU
BalasPadamSelamat berhujung minggu kak Paridah😊
Padambertabur bintang di malam ini,
BalasPadamseindah tarian mu sang dewi,
bahagia kan selalu menghampiri,
kerana sahabat selalu di sisi..
Amin...amin..amin...moga sahabat-sahabat yang baik sentiasa mendampingi...😊
Padamlama rasanya tak baca pantun, nice lah PC! <3
BalasPadamTerima kasih SA😊
PadamKata peribahasa, bagai belut pulang ke lubuk.
BalasPadambusyra suka smua tulisan akak.. ada auraa.. hehe
BalasPadam